Hishammuddin Sudah Jadi “Hashimah”

 

MEMANG sahlah, Hishammuddin Hussein, Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan semua barisan Exco Pergerakan Pemuda Umno bacul, lembik, pondan dan menjual maruah orang-orang Melayu apabila mereka bersandiwara dalam soal perundingan dengan Suqiu.

Khabarnya, Hishammuddin menangis-nangis dan merengek-rengek serta mencium tangan Pengerusi Suqiu, Quek Suan Hiong supaya bersetuju melakonkan sandiwara kononnya bersetuju menggugurkan tujuh tuntutan.

Disebabkan Quek Suan Hiong terlalu hiba dengan permintaan ‘pondan siam’ ini, maka dia sanggup bercakap seperti yang diaturkan Hishammuddin. Serentak dengan itu, akhbar harian yang memang akhbar pembohong pun melaporkan di muka hadapan mengatakan “Suqiu gugur 7 tuntutan” dengan gambar Hishammuddin sipondan siam bersamalaman dengan Quek Suan Hiong.

Rupa-rupanya, lakonan itu hanya untuk 12 hari sahaja, dan kemudiannya Suqiu mengeluarkan kenyataan lain mengatakan mereka tidak pernah bersetuju menggugurkan tuntutan itu tetapi menangguhkan buat sementara waktu kerana masa ini tidak sesuai untuk meneruskannya.

Marilah kita semua, para pendokong dan penyokong Barisan Alternatif (BA) membuat cadangan supaya Ketua Pergerakan Pemuda Umno menukarkan namanya dari Hishammuddin kepada “Hashimah” dan jika boleh, tukarkan dia dari menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno kepada Ketua Pergerakan Puteri Umno dan pakaikan tudung dikepalanya.

Saya petik kata-kata “Hashimah” ketika mengulas “kejayaan sandiwaranya” tempohari:

         

          KUALA LUMPUR, Jumaat-Pemuda Umno berharap usahanya menyelesaikan isu hak

          Keistimewaan orang Melayu dengan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan

          Cina (Suqiu) akan melenyapkan segala kritikan yang dilemparkan terhadap pergerakan

Itu selama ini, termasuk dicemuh sebagai ‘lembik dan tidak bermaya’.

Sehubungan itu, ketuanya, Datuk Hishammuddin Hussein, turut berjanji pergerakan

itu akan melakukan perubahan lebih agresif dan memastikan ‘Pemuda Umno akan

bangkit semula’.

Katanya, semua kritikan, tuduhan dan dakwaan sama ada ikhlas atau tidak, yang

Dilemparkan sama ada terhadap beliau sebagai pemimpinnya atau pergerakan itu,

Akan diambil kira dengan serius.

“Yang penting sekarang Exco bertekad dalam keadaan sebegini rupa, Pemuda Umno

dapat bangkit semula. Ini juga bukan masanya untuk menjawab semua tuduhan yang

dilemparkandan dihala kepada tetapi untuk kita teruskan agenda kerja kita.

“Lama-kelamaan, insyaAllah, kita dapat yakinkan ahli-ahli kita dan generasi muda

khususnya bahawa Pemuda Umno mampu merealisasikan ekspresi serta prestasi

yang diharapkan,” katanya selepas mesyuarat khas Pemuda di Pusat Dagangan

Dunia Putra (PWTC), hari ini.

 

Dalam perkembangan yang sama, pengarah sandiwara ini, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi turut mengeluarkan kenyataan kononnya penyelesaian isu ini sebagai kemenangan rakyat Malaysia. Akhbar Berita Harian (sebut Berita Hairan) pula dalam rencana pengarang 6-01-2001 menulis “Pemuda Umno serlahkan kemantangan”.

Dua hari kemudian, Berita Hairan 8 Januari 2001 menyiarkan rencana khas bertajuk “Pemuda Umno muncul wira dalam diam”. Macam-macam pujian diberikan kepada “Hashimah” dan kononnya Hashimah berjaya menutup mulut pengkritik kerana kejayaan cemerlangnya menjayakan sandiwara Pemuda Umno dengan Suqiu.

Cukuplah! Usah kita disintuk limau lagi dengan permainan ini. Sebenarnya Hashimah hanya layak bermain “acilut” dengan Aziz Shaikh Fadzir dan bukan menjadi wira atau sebagainya. Hakikat sebenarnya mereka ada barua kepada bangsa Melayu dan bacul. Jangan maafkan mereka dan tewaskan Hashimah dalam pilihan raya nanti. Inilah benih penderhaka bangsa Melayu!

 

UN-20012001/Sabtu:Suqiu