Artikel

Suqiu diberi amaran (ugutan) oleh GPMS

Suqiu didesak tarik balik 83 tuntutan

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah mengemukakan memorandum 100 tuntutan kepada Perdana Menteri yang amat kita benci baru-baru ini. Presiden GPMS Suhaimi Ibrahim memberi tempoh sebulan kepada Suqiu untuk menarik balik kesemua tuntutan. Jikalau Suqiu masih enggan berbuat demikan, GPMS akan menyerahkan 100 tuntutan atas kepentingan orang Melayu. Mahathir berkata 100 tuntutan diserahkan kepadanya adalah kerana apabila Suqiu membuat tuntutan, pihak lain akan juga membuat tuntutan kepada kerajaan. Mahathir ditanya adakah dia akan mengarahkan GPMS berhenti membuat tuntutan. Dia menjawab kedua-dua pihak (Suqiu dan GPMS) hendaklah berhenti membuat tuntutan. Suqiu hendaklah terlebih dahulu berhenti membuat tuntutan.

Memorandum 100 tuntutan yang telah dikemukan oleh GPMS adalah helah gabungan itu untuk memaksa, mengugut dan mendesak Suqiu supaya melupakan hasrat membuat kesemua tuntutan kepada kerajaan. Selama ini, pendirian Suqiu amat teguh walaupun didesak dengan hebat oleh kerajaan untuk menarik balik kesemua tuntutan. Segala gertakan kerajaan yang diusahakan oleh UMNO menemui kegagalan. Mahathir masih tidak mahu berputus asa dan mahu mencari jalan apakah cara yang membolehkan Suqiu menarik balik kesemua tuntutan terhadap kerajaan.

Mahathir akur kumpulan Suqiu memberi masalah besar kepadanya dan kerajaan Barisan Nasional. Atas perbuatan bodoh Mahathir yang menyakitkan hati kumpulan Suqiu dan orang Cina keseluruhan, Mahathir terpaksa paid the heavy price for his silly blunder. Sama ada suka atau tidak, Mahathir terpaksa menerima hakikat bahawa dia adalah punca utama kekalahan Barisan Nasional di Lunas. Saya beranggapan Mahathir perlu cari jalan apakah cara terbaik untuk menghalang Suqiu terus memberi masalah kepadanya. Jika Suqiu tidak jadi atau tidak teruskan kemukakan tuntutan kepada kerajaan, parti pembangkang akan kehilangan satu modal/peluang yang baik untuk mendapat sokongan terutamanya daripada orang Cina. Ia akan memberi kelegaan kepada kerajaan Barisan Nasional terutamanya MCA yang dikecam hebat kerana gagal mengatasi isu Suqiu, Dong Jiao Zong dan sekolah wawasan. Kekuatan Suqiu perlu dibendung.

Kalau tidak keterlaluan saya katakan, kali ini pula GPMS mewakili pihak kerajaan memainkan peranan mendesak kumpulan Suqiu berhenti membuat tuntutan. Apa yang saya telah katakan, 100 tuntutan GPMS adalah usaha kerajaan untuk memaksa Suqiu berhenti membuat tuntutan. Jika anda perhatikan mengenai kenyataan Mahathir mengenai 100 tuntutan GPMS, niat, motif  atau tujuan telah dijawab olehnya dalam perenggan satu diatas iaitu dia mahu Suqiu berhenti dan menarik balik kesemua tuntutan dengan kerelaan Suqiu sendiri. Saya bertanya kepada diri sendiri adakah 100 tuntutan GPMS adalah idea Mahathir sendiri atau GPMS rela memperbodohkan diri mereka sendiri dengan membuat counter demand kepada kerajaan?

Apa yang saya tahu ialah dua daripada 100 tuntutan ialah jawatan Perdana Menteri hendaklah dijadikan sebagai salah satu hak istimewa orang Melayu dan kuota kaum Melayu di IPTA dan IPTS dinaikkan kepada 70 dan 60 peratus.  Saya beranggapan tuntutan memang sengaja dibuat/direka sebegitu rupa oleh GPMS adalah untuk menakutkan dan mengugut Suqiu dan orang Cina keseluruhan. Jawatan PM tidaklah penting sangat bagi kaum Cina tetapi apa yang membimbangkan orang Cina ialah tuntutan kuota pelajar Melayu ditambah.  Kita semua tahu kaum Cina mementingkan soal pendidikan. GPMS berharap orang Cina akan mendesak Suqiu supaya berfikir semasak-masaknya sama ada mahu teruskan menuntut 17 perkara terhadap kerajaan kerana kaum Cina bimbang masa depan mereka akan tergugat kerana bilangan pelajar Cina di universiti akan berkurangan. GPMS berharap orang Cina akan mengutamakan masa depan mereka daripada menuntut 17 perkara kepada kerajaan. Dengan demikian, GPMS berharap Suqiu terpaksa melupakan tuntutan atas kepentingan orang Cina. Ini adalah taktik kotor GPMS yang perlu kita ketahui. Taktik kotor GPMS tidak jauh bezanya dengan Pemuda UMNO dimana GPMS dan Pemuda UMNO menggunakan amaran, ugutan dan desakan kepada kumpulan Suqiu supaya kumpulan itu tidak mahu membuat tuntutan kepada kerajaan lagi.

Apakah tindakan susulan Suqiu?

Apakah Suqiu masih tidak mahu berganjak dengan pendirian kumpulan yang disertai lebih 2095 persatuan atau pertubuhan mengenai 17 perkara tuntutan? Jikalau saya ialah Suqiu, saya tidak akan tunduk kepada ugutan kerajaan. Malangnya 17 perkara tuntutan yang meliputi berbagai aspek seperti perpaduan kaum, kebebasan media, hak asasi, kehakiman, kewibawaan polis, dasar penswastaan, rumah kediaman, memelihara alam sekitar, hak wanita, membasmi rasuah, menjaga kepentingan kesemua masyarakat termasuk orang asli dan lain-lain telah diputarbelitkan oleh kerajaan. Apa yang saya baca mengenai 17 perkara tuntutan kecuali perkara yang menyentuh kaum Melayu, ia merupakan satu tuntutan yang saya kira adalah wajar malah Ling Liong Sik nampaknya bersetuju bahawa 98 peratus tuntutan adalah berasas dan boleh diterima. Kerajaan tidak patut berkata tuntutan ini hanya meliputi kaum Cina sahaja dan akan menjejaskan kontrak sosial dan seterusnya akan menjejaskan keamanan negara. Tuntutan ini bukan orang Cina sahaja malah kepentingan orang asli juga mahu dibela oleh Suqiu. Dakwaan kerajaan adalah tidak bertanggungjawab yang mahu menjadikan tuntutan Suqiu sebagai modal politik sempit kerajaan.

Nasihat saya kepada kumpulan Suqiu ialah pedulikan sahaja apa yang dibuat oleh GPMS. Jangan layan kerenah GPMS kerana saya pasti 100 tuntutan GPMS yang bukan-bukan adalah sekadar mengugut Suqiu. Apa yang saya mahu lihat apakah reaksi dan respon daripada GPMS jika Suqiu masih tetap dengan pendirian kumpulan itu? Persoalannya, adakah GPMS akan mengemukakan 100 tuntutan dan berharap tuntutan-tuntutan itu akan diluluskan oleh kerajaan? SAYA CABAR SUHAIMI BERHIMPUN DISELURUH NEGARA. SAYA CABAR KERAJAAN LULUSKAN KUOTA PENAMBAHAN PELAJAR MELAYU DI IPTA DAN IPTS. Ia akan dibantah dengan keras oleh kaum bukan Melayu. 100 tuntutan GPMS berbau perkauman dan hanya akan menambahkan lagi kemarahan orang Cina terhadap kerajaan.

Saya mahu lihat sejauh mana kesungguhan GPMS mendesak kerajaan luluskan 100 tuntutan. Jangan 100 tuntutan dijadikan sebagai hangat-hangat taik-taik ayam. Jika GPMS tidak mahu terus kemukakan 100 tuntutan kepada kerajaan, ini bermakna ia adalah sandiwara GPMS yang hanya mahu menakutkan dan mengugut Suqiu. Kredibiliti kerajaan akan lebih tercemar. Mahathir akan mendapat malu besar jika GPMS tidak membuat apa-apa tindakan susulan jika Suqiu enggan menarik balik 17 perkara tuntutan. Jika Suhaimi Ibrahim tidak mahu terus mendesak kerajaan meluluskan 100 tuntutan GPMS setelah tamat tempoh Suqiu menarik balik 83 tuntutan, SUHAIMI IBRAHIM BUKAN ANAK JANTAN! Saya meminta kepada kerajaan supaya mendedahkan kesemua 100 tuntutan GPMS. Saya mahu tahu apakah tuntutan-tuntutan tersebut. Saya cabar Suhaimi kotakan apa yang telah dijanjinya. Jangan hanya pandai cakap tak serupa bikin. Kalau Suhaimi tidak kotakan janjinya, DIA BUKAN ANAK JANTAN.

Perbuatan bodoh GPMS hanya akan menjerat dan memerangkap Mahathir dan tidak dapat menggugat Suqiu. Jika Suqiu tetap tidak mahu tarik balik tuntutan, mahu tidak mahu GPMS mesti teruskan lakonan dan sudah pasti akan menimbulkan kemarahan kepada orang Cina. Oleh itu 100 tuntutan GPMS ibaratkan Mahathir dan pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional menggali kubur mereka sendiri. Sudah tentu 100 tuntutan akan mendapat reaksi negatif daripada orang Cina. Jangan harap kaum Cina mahu sokong kerajaan Barisan Nasional lagi. Saya yakin Suqiu menganggap hal ini adalah satu tindakan GPMS yang bodoh amat membodohkan. Saya meminta Suqiu supaya bertindak dengan membuka pekung di dada kerajaan bahawa 100 tuntutan GPMS adalah satu sandiwara bodoh GPMS. Semua masyarakat akan tahu juga helah GPMS. Keyakinan kaum Cina terhadap kerajaan semakin pudar. Oleh itu, tanpa disuruh, Mahathir akan gali kuburnya sendiri angkara perbuatan bodoh GPMS.

Keikhlasan kerajaan eratkan perpaduan dipersoalkan

Kita sering kali terbaca atau terdengar kenyataan pemimpin-pemimpin kerajaan bahawa projek sekolah wawasan adalah satu usaha yang baik dan murni. Kerajaan mengecam parti pembangkang dan Suqiu kerana menjadikan isu sekolah wawasan sebagai modal politik sempit mereka. Bagaimana Mahathir dan pemimpin-pemimpin kerajaan mahukan perpaduan wujud dikalangan anak-anak atau adik-adik kita sedangkan Mahathir dan juak-juaknya tidak segan silu dan sanggup bermain api perkauman demi mencapai hasrat peribadi mereka? Bagaimana Mahathir mahu memberi contoh atau teladan kepada murid sekolah sedangkan dia sendiri tidak menghormati dan tidak sensitif kepada kaum Cina? Mahathir berkata jika dia ada menyakiti orang Cina secara keseluruhan, dia memohon maaf kepada mereka. Ini adalah mohon maaf yang tidak ikhlas daripada Mahathir. Tak kan dia tak tahu bahawa jika dia berkata sesuatu yang tidak baik (komunis dan ekstremis) kepada Suqiu dan Dong Jiao Zong, ini bermakna Mahathir juga menyinggung perasaan kaum Cina secara keseluruhan.

Begitu juga dengan perbuatan bodoh GPMS yang menyinggung perasaan kaum Cina. Suhaimi Ibrahim tergamak mengemukakan tuntutan-tuntutan yang bukan-bukan tanpa mengira atau menjaga perasaan kaum bukan Melayu. Apa yang saya telah jelaskan di atas, 17 perkara tuntutan mengambil kira kepentingan semua masyarakat. Malangnya Mahathir, UMNO, Abdul Aziz dan GPMS melihat isu Suqiu adalah peluang terbaik untuk mendapat sokongan kaum Melayu dan menjadikan Suqiu sebagai mangsa mainan politik kotor mereka. Usaha murni Suqiu yang mahu menjaga kepentingan semua masyarakat telah diputarbelitkan oleh kerajaan yang mendakwa Suqiu berniat mahu merampas hak istimewa orang Melayu. Jika Mahathir ikhlas mengenai perpaduan kaum, dia mesti menegur GPMS kerana mengemukakan tuntutan yang menyakiti hati kaum bukan Melayu.

Memahami 17 perkara dengan lebih dekat lagi

Saya bertanya kepada diri sendiri adakah Suqiu mahu kesemua tuntutan itu dilayan oleh kerajaan? Adakah Suqiu akan berpuas hati jika kerajaan menerima sebahagian 17 perkara? Katakan kerajaan menerima 10 perkara, adakah Suqiu akan terus mendesak kerajaan menerima 7 lagi perkara? Jika kerajaan tidak dapat memenuhi kesemua 83 tuntutan kenapa Mahathir dan kerajaan tidak mahu menerima sebahagian daripada 17 perkara rayuan/tuntutan? Kalau Mahathir tidak mahu terima tuntutan yang dikatakan akan mengancam hak istimewa orang Melayu, kenapa Mahathir tidak mahu terima tuntutan-tuntutan lain yang saya anggap relevan kepadanya seperti memelihara hak wanita, membasmi gejala rasuah, rumah kediaman, kebajikan masyarakat, alam sekitar, orang asli dan lain-lain? Tidak semestinya kerajaan mesti memenuhi kesemua tuntutan Suqiu. Izinkan saya menyentuh beberapa perkara dalam 17 rayuan/tuntutan dimana Mahathir perlu memberi penjelasan kepada kita.

Perkara 1. Menggalakkan Perpaduan Negara dan Perkara 5. Laksanakan Dasar Ekonomi yang Adil

Saya berpendapat perkara 1 dan perkara 5 mendapat bantahan keras daripada orang Melayu yang bimbang hak istimewa mereka akan terhapus. Kalau tidak silap saya, Mahathir ada memberi petunjuk atau nasihat secara langsung atau tidak secara langsung kepada orang Melayu bahawa jika orang Melayu ingin maju seperti mana kaum bukan Melayu, orang Melayu hendaklah kurangkan bergantung kepada kerajaan. Dengan perkataan lain, orang Melayu hendaklah belajar berdikari tanpa mengharapkan bermacam-macam bantuan daripada kerajaan. Saya tak berapa ingat ucapan Mahathir dengan detail tetapi ia lebih kurang apa yang dikatakan olehnya. Kenapa Mahathir mahu mempolitikkan isu hak istimewa orang Melayu sedangkan dia juga mahu kaum Melayu maju seperti kaum yang lain? Dia mengkritik Suqiu mempersoalkan hak istimewa orang Melayu dan pada masa yang sama dia mengingatkan kaum Melayu berusaha dengan lebih gigih lagi dan kurangkan bergantung kepada kerajaan.

Dalam hal yang lain, adakah Mahathir benar-benar menjaga kepentingan kaum Melayu? Adakah kesemua orang Melayu mendapat faedah melalui DEB dan DPN? Apa yang telah terjadi kepada kaum Melayu di Terengganu? Kerajaan Barisan Nasional sebelum diambil alih oleh Pas GAGAL membela dan membasmi kemiskinan kaum Melayu. Untuk menutup malu, kerajaan merampas/merompak wang royalti dengan alasan pemberian wang ehsan dapat disalurkan secara terus kepada rakyat. Pembangunan dan kemajuan dapat dberikan untuk mengelak berlakunya penyelewengan dan salah guna wang royalti. Apa sudah terjadi kepada tanah-tanah rizab orang Melayu yang dijual kepada pihak yang lain? Adakah tindakan ini menjaga kepentingan dan membela nasib orang Melayu?

Perkara 4. Membasmi Amalan Rasuah

Perkara 4 menarik perhatian saya, masyarakat dan Mahathir (hopefully). Saya mahu tanya kepada Mahathir sejauh mana kesungguhan beliau dalam usaha untuk membasmi amalan rasuah hingga ke akar umbi. Perkara 4 jelas menyatakan kesungguhan Suqiu membasmi amalan rasuah. Kenapa Mahathir tidak menyahut dan bersetuju dengan Suqiu? Keengganan Mahathir menerima perkara 4 ini mempersoalkan keikhlasan beliau dalam menangani gejala rasuah yang sangat serius. Apakah ia bermakna Mahathir menangis dalam perhimpunan UMNO membincangkan pindaan perlembagaan adalah satu SANDIWARA murahan beliau? Dalam ucapannya penuh emosi, Mahathir berkata dia pujuk, rayu, berdoa dan entah apa-apa lagi dia kata mengenai gejala rasuah. Mahathir memang pandai berlakon dan berbohong dikhalayak ramai. Kata orang CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Jangan harap Mahathir mahu menghapus amalan rasuah dengan serius.

Perkara 9. Lindungi Alam Sekitar

Kalau Mahathir tidak mahu terima perkara 9, kenapa dia sibuk-sibuk turun padang bersama orang ramai dalam kempen tanam 100,000 pokok tak lama dulu? Baru-baru ini kempen kitar semula telah dilancarkan oleh Datuk Seri Ong Ka Ting. Memang melucukan. Saya tak tahu apa nak kata dalam hal ini.

Perkara 12. Lindungi Hak Asasi Wanita

Perkara ini dipandang serius oleh pemimpin-pemimpin wanita kerajaan BN, BA dan NGO. Kenapa Datuk Sharizat Jalil senyap aja? Biasanya dia adalah salah seorang wanita yang paling lantang mengutarakan hak asasi wanita. Suqiu bukan parti pembangkang. Suqiu adalah NGO. Saya tidak nampak kenapa Sharizat berdiam diri dalam pekara 12 ini. Perkara 12 memang kena tepat pada masanya kerana diskriminasi dan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan tidak boleh dipandang ringan. Lihatlah apa yang telah berlaku kepada seorang reformis wanita yang bernama Nora yang dipaksa berbogel dihadapan seorang polis wanita. Kenapa Sharizat tidak mahu mengambil tindakan terhadap polis wanita? Buat memalukan kaum wanita aja.

Perkara 15. Memperbaiki Kebajikan

Dalam belanjawan 2001, kerajaan telah memberi berbagai insentif dan peruntukan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Duti import dan cukai jualan dihapuskan untuk barangan seperti bateri untuk alat bantu pendengaran, walking sticks dan lain-lain. Begitu juga dengan pengecualian membayar kos perubatan di hospital kerajaan dan dokumen perjalanan, pengurangan sebanyak 50 peratus dalam duti eksais dalam membeli kereta nasional dan motorsikal. Saya mahu meminta kepada Menteri Kesihatan Chua Jui Meng supaya menanya kepada Mahathir kenapa dia tolak tuntutan Suqiu sedangkan kerajaan prihatin kepada golongan yang tidak bernasib baik? Memang hairan bin ajaib. Pening kepala saya dibuatnya.

Perkara 16. Hormati Hak Pekerja

Suqiu meminta gubalkan akta untuk memastikan semua pekerja termasuk pekerja estet mendapat gaji minima yang munasabah. Ingat, perkara ini berkenaan khusus untuk untuk kaum India kerana kebanyakan pekerja estet adalah berbangsa India. Kenapa Mahathir berkata 17 pekara rayuan/tuntutan adalah untuk orang Cina sahaja?

Perkara 17. Menyara Orang Asli

Siapa kata 17 perkara rayuan/tuntutan adalah untuk orang Cina sahaja? Adakah kerajaan membela kepentingan orang asli? Kalau ada pun, ia masih tidak memadai. Jangan hanya pandai mengatakan negara lain yang tidak mahu mempedulikan kebajikan penduduk orang asli, diri sendiri pun dua kali lima.

Saya tidak faham apa yang dilakukan oleh kerajaan. Semuanya haru-biru. Mahathir tidak dapat menerima kesemua tuntutan Suqiu sedangkan ada beberapa perkara seperti kebajikan masyarakat dan alam sekitar yang terkandung dalam 83 tuntutan telah diterima secara tidak langsung oleh kerajaan. Mahathir kata jika kesemua tuntutan itu dipenuhi oleh kerajaan, negara tidak akan aman dan maju. Adakah negara tidak akan aman dan maju jika negara memandang berat mengenai perpaduan kaum, perlindungan alam sekitar, hak asasi wanita, hak pekerja, anti rasuah, perkembangan pelbagai kebudayaan, kebajikan masyarakat dan orang asli? Kalau begitu kenapa Mahathir nak tanam pokok kalau ia boleh menjejaskan keamanan dan kemajuan negara? Memang tak masuk akal. His wild statement insulted my intelligence.

Mahathir memang mahu menimbulkan rasa tidak sedap hati dikalangan masyarakat mengenai bahayanya 17 perkara jika diterima oleh kerajaan. Memang melucukan mengenai pendirian kerajaan. Apakah pendirian Mahathir mengenai perpaduan kaum? Dia berkata, projek sekolah wawasan adalah perlu dan penting kerana ia adalah tempat dimana murid-murid sekolah dari pelbagai kaum pada usia yang muda bercampur gaul dan mengenali satu sama lain. Pada masa yang sama, Mahathir tidak dapat melayan perkara perpaduan negara yang turut terkandung dalam salah satu 83 tuntutan. Saya tidak tahu apa nak kata. Jelas terlihat, 17 perkara tuntutan oleh Suqiu sengaja mahu dijadikan sebagai modal politik sempit oleh kerajaan.

Apakah hala tuju Suqiu?

Jelas Suqiu dijadikan alat oleh kerajaan untuk memenuhi kehendak peribadi Mahathir. Selama ini Suqiu hanya bersikap defensif (pasif) dan tidak agresif bagi menjelaskan kepada masyarakat secara terperinci mengenai 17 perkara. Suqiu perlu bertindak secara aktif bagi menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan kumpulan itu mahu mewujudkan satu suasana negara yang adil, aman, maju dan progresif. Barangkali Suqiu hendaklah membuka pelawaan persatuan atau pertubuhan BUKAN CINA menyertai kumpulan itu. Kerajaan sanggup bermain api perkauman dengan menuduh kumpulan Suqiu yang bukan-bukan. Apabila Sugiu dianggotai oleh persatuan daripada pelbagai kaum, kerajaan tidak dapat menuduh Suqiu sebagai kumpulan bersifat kecinaan yang berhasrat mahu membolot hak yang dinikmati oleh kaum yang lain.

Suqiu mesti fikir apakah cara-cara untuk mendekatkan diri dan menyampaikan hasrat mereka kepada semua masyarakat yang berbilang kaum dengan lebih berkesan. Saya berpendapat, usaha Suqiu untuk mendekatkan diri kepada kaum Melayu dan kaum India agak kurang. Laman-laman web reformasi juga dinasihatkan boleh membantu kumpulan Suqiu dalam menyampaikan mesej dan maklumat mengenai 17 perkara secara terperinci kepada pengunjung laman web. Dengan perkataan lain, perlu ada kerjasama (teamwork) yang erat antara Suqiu, BA dan laman-laman web reformasi.

Kesimpulan

Apabila GPMS mengemukakan memorandum 100 tuntutan kepada Mahathir, saya bertanya kepada diri sendiri, apakah kerajaan Barisan Nasional tidak serik-serik atau tidak faham-faham lagi kebangkitan dan kemarahan rakyat yang telah dibuktikan melalui undi pilihan raya. Tidak sampai 3 minggu selepas kekalahan BN di Lunas, parti kerajaan yang memerintah negara tidak mendapat sokongan padu daripada rakyat mahu cari pasal lagi. Adakah Suhaimi dan GPMS tahu apa yang mereka lakukan? Adakah GPMS dipaksa lakukan perbuatan bodoh atau mereka lakukan atas kerelaan sendiri? Tak kan Suhaimi tak tahu perbuatan bodoh GPMS sama seperti Pemuda UMNO. Perbuatan bodoh mereka akan hanya mengundang padah kepada mereka dan Mahathir. Saya tidak nampak apa faedah GPMS perolehi. GPMS akan dilabel sebagai gabungan yang turut mengamalkan politik perkauman sempit. GPMS telah membuat satu kesilapan yang besar dengan menyangka Suqiu akan tunduk dengan desakan dan gertakan GPMS. Apakah orang Melayu akan kembali kepada UMNO dan terharu melihat perbuatan bodoh GPMS yang tidak tahu apa yang mereka lakukan adalah tidak betul. Nampaknya Mahathir tidak mahu menerima pengajaran dan iktibar kehilangan sokongan Barisan Nasional daripada rakyat jelata. Jika Mahathir ikhlas dengan perpaduan kaum, adakah Mahathir dan GPMS lakukan ini adalah salah satu cara untuk memujudkan dan memperatkan perhubungan dan perpaduan kaum? Siapa yang lebih gemar memainkan sentimen api perkauman demi mencapai political mileage? Adakah projek sekolah wawasan akan berjaya atau akan menjadi SEKOLAH WAS-WASsan?

LTL