Sekretariat OPs 2004 akan memperjuangkan Gaji Minimum RM1,200.00 untuk Warga ATM
& PDRM. Isu ini sepatutnya wajar disokong oleh semua Warga ATM & PDRM.
 
Ini tidak, bagi Supritendan Benjamin Hasbi (Ketua Pegawai Perhubungan Awam Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman) beliau nampaknya suka dengan nasib anak buahnya yang
terus-terusan dihantui dengan sejumlah pendapatan yang tidak mencerminkan
kedudukan sebenar tugas yang telah dicurahkan kepada negara.
 
Dahlah tu, terpaksa pulak kami merelakan diri  dipanggil anjing,
berpanas-berhujan, time orang cuti beraya kami bekerja, bayaran over-time tak de
dan banyak lagi ketidak adilan yang Warga Polis serta Tentera hadapi.
 
Adakah orang macam Supritendan Benjamin ni layak menjadi seorang pegawai Polis
atau layak menjadi menjilat Rafidah Aziz aje ?.
 
Maklumlah, nampak gaya kenyataan yang diberikannya ketika menjawab soalan yang
dikemukakan oleh Wartawan MALAYSIAKINI seolah-olah beliau bersetuju dengan
kenyatan 'betina sundal Kuala Kangsar' tu yang menyebut:
 
  "Macam mana kerajaan nak luluskan permohonan gaji
   lebih Askar & Pulis, dia orang tu bukannya pandai
   sangat, setakat Darjah 6 aje. Askar & Pulis ni
   kerja menghabiskan beras aje".
 
Bangsat-bangsat, Supritendan Benjamin jangan nak mainkan perasaan kami dalam hal
ini. Kami bukan anggota Polis tahun 60an lagi, kami anggota Polis zaman I.T dan
tak boleh dipergula-gulakan lagi.
 
Baiklah, rakan-rakan S.B, kamu dah lihat sendiri apa yang telah orang atas buat
terhadap kita. Kamu masih nak menjadi pecacai mereka lagi. Sudahlah tu, buat aje
report yang sekarang ni Warga PDRM turut telah menyertai GELOMBANG KEBANGKITAN
KEDUA RAKYAT bersama-sama rakan-rakan kita dari ATM yang telah confirm menyampah
dengan para pegawai atasan kita yang tak habis-habis menjilat Rejim Mahathir Tua
dan Rafidah Aziz tu.
 
Supretendan Benjamin, kalau nak kerja senang lepas BA memerintah, baik tarik
balik kenyataan biadap anda itu.
 
 
Amaran keras dari:
 
INSPEKTOR BUKIT AMAN
Anggota OPS
 
bp
 
LEFTENAN KLUANGMAN
Ketua Pengarah OPS