KENYATAAN MEDIA

60,000 RAKYAT KEDAH MENGHADIRI SUMPAH KERAMAT II PEMUDA KEADILAN

DI JENIANG, PARLIMEN MERBOK

Program Sumpah Keramat II Pemuda keADILan yang diadakan di Kedah semalam telah dihadiri oleh lebih 60,000 orang para pendokong reformasi, khasnya di kalangan ahli-ahli PAS dan keADILan Kedah. Progam tersebut merupakan siri Sumpah Keramat II terakhir di Semenanjung Malaysia.

 

Bilangan yang besar seumpama itu membuktikan sokongan padu rakyat kepada perjuangan reformasi. Kehadiran yang besar itu juga menunjukkan iltizam rakyat untuk mewujudkan kerajaan alternatif di Kedah dan di negara ini.

 

Sumpah Keramat yang diadakan di Parlimen Merbok itu juga menyaksikan tuntutan padu Pemuda keADILan bersama-sama rakyat Kedah agar Anwar Ibrahim dibebaskan segera. Mesej dan perjuangan untuk membebaskan Anwar Ibrahim berkumandang diiringi laungan takbir dan reformasi.

 

Rakyat Kedah juga menyaksikan iltizam Pemuda keADILan untuk berganding bahu bersama-sama Pemuda PAS khasnya, dan Pemuda Barisan Alternatif untuk terus berjuang membebaskan Anwar Ibrahim dan membebaskan negara daripada kezaliman.

 

Sumpah Keramat II akan diadakan di Kuching Sarawak pada 27-28 September ini.

 

Jawatankuasa Bulan Reformasi menyeru penyokong reformasi di seluruh Bumi Kenyalang untuk hadir dalam program tersebut.

 

Hj. Saari Hj. Sungib                                                        

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,                         

Parti KeADILan Nasional                                                 

15 September 2000