KOMENTAR

 

11/7/2000

 

Salam reformasi,

 

BILA MAHATHIR BERSUARA

 

Mahathir mula bersuara dalam kes rampasan senjatan. Suara awalnya seperti yang telah diduga adalah untuk menyerang kumpulan yang merampas senjata sebagai finatik agama dan cuba menjatuhkan kerajaan dengan alasan Islam. Mahathir sekali lagi cuba membawa kita untuk mempercayai bahawa mereka adalah finatik agama dan finatik agama ini menentang kerajaan dengan percubaan merampas kuasa. Pendekatan yang cuba dibawa oleh Mahathir adalah finatik agama ini mempunyai hubungkait dengan PAS dan menyalahkan kegiatan pembangkang yang menimbulkan sentimen anti kerajaan. Mahathir sekali lagi cuba mempolitikkan isu ini dengan berusaha untuk mengelirukan rakyat supaya menolak PAS dan parti pembangkang. Mahathir harus sedar bahawa rakyat tidak akan terkeliru dengan hujah-hujah Mahathir. Sebenarnya Mahathir tidak pernah sedar bahawa penentangan rakyat adalah kerana kebosanan rakyat dengan pemerintahan Mahathir. Rakyat menolak Mahathir dan Mahathir harus sedar bahawa beliaulah orang yang sekarang ini menjadi masalah kepada negara kita ini.  

 

Malaysia tidak akan tenteram selagi Mahathir memegang kuasa.

 

UNDUR MAHATHIR UNDUR