KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

05.06.2000

 

SUKMA PULAU PINANG BANYAK KELEMAHAN

 

Sukma Pulau Pinang menyaksikan banyak kelemahan dari segi pentadbiran. Sukan Malaysia ini telah dilapurkan sebagai antara yang paling buruk pernah diadakan. Kenapa dan apakah kelemahan ini ?  Ini berpunca kerana : “RASUAH” “PROJEK OLEH KRONI YANG TIDAK BERWIBAWA” “ TOKOH KOPRAT  YANG SUDAH KAYA TETAPI TAMAK DAN MAHU SAPU BERSIH KONTRAK” . Ambil contoh satu kontrak membekal makanan. Siapa pemegang kontrak tersebut.? Siasat kenapa orang koprat tinggi dalam Malaysia masih mahukan kontrak membekal makanan ?. Menurut lapuran yang kami terima kontrak tersebut telah di anugerahkan kepada tokoh koprat yang jelas sudah tidak memerlukan kontrat tersebut tetapi kerana tamak maka kontrak serupa itu habis dibolot mereka. Ini cuma satu contoh sahaja. Bayangkan kontrak-kontrak lain yang dianugerahkan mengikut kabel dan tidak langsung mengikut prosedur aturcara penganugerahan kontrak.  Inikah yang dikatakan keadilan. Inikah yang dilaung-laungkan oleh kerajaan sebagai sistem yang bersih dan tidak korup. Kami menegur tokoh koprat yang sudah memegang hampir puluhan juta termasuk saham dan sebagainya tetapi masih tamak untuk menyapu bersih kontrak yang boleh diagihkan bagi kontraktor kecil yang berwibawa di Pulau Pinang.

 

Rakyat Malaysia,

 

Ini bukan satu fitnah, ini kebenaran didalam Malaysia. Sikap tamak haloba dan mengunakan kabel-kabel menteri merupakan satu perbuatan rasuah dan harus ditolak oleh rakyat Malaysia. Usahakan penolakkan ini. Jangan ditangguhkan lagi.

 

Komentar menyeru semua rakyat Malasyia khususnya Mahasiswa/wi bangkit dan bawa kesedaran ini keseluruh pelusuk tanahair. Mereka curang dengan amanah, mereka tidak malu membuat perkara-perkara yang nampak menjijikkan dan mereka terus menerus merompak khazanah rakyat untuk kepentingan diri.

 

Bangkit dan sahutlah tuntutan REFORMASI.

 

Komentar