~Salam

Maklumat diedarkan untuk untuk pengetahuan dan tindakan saudara/i warga cyber, semoga dapat diberikan kerjasama yang sewajarnya dan diperpanjangan/promosikan kepada semua ahli, penyokong dan pendukung Barisan Alternatif/Gerakan Reformasi.

Adalah difahamkan bahawa Biro Sukan dan Rekreasi Parti KeADILan Nasional akan berlepas ke Sabah pada penghujung bulan Ogos untuk menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Parti Bersatu Sabah, disamping beberapa acara dan usaha intergrasi antara PKN dan penduduk Sabah.  Dan acara kemuncak mereka ialah untuk mengibarkan bendera Parti KeADILan Nasional di puncak Gunung Kinabalu.

Diharapkan kepada saudara saudari dapat memberikan perhatian sewajarnya agar usaha murni mereka dapat kita jayakan bersama.


==============================

 

 

Biro Sukan dan Rekreasi Parti KeADILan Nasional akan menganjurkan satu >Majlis Makan Malam dan Dialog sempena Pelancaran Ekspidisi ke Sabah.

 

 

 

Majlis tersebut akan dihadiri bersama oleh YB Datin Sri Dr Wan Azizah >Dato' Wan Ismail, Sdr Ezzam Mohd Nor (KeADILan), YB Sdr Mahfuz Omar >PAS), YB En Teng Chang Kim (DAP), Sd Faizal Sanusi (PRM)dan Sdr Johny >Mojitun (PBS Sabah).

 

 

 

Majlis akan diadakan pada 11 Ogos 2000 jam 8.00 malam bertempat di >Restoran Kari Kepala Ikan Sentul (berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah >Sentul).

 

 

 

Kad-kad Jemputan berharga RM50 setiap satu sedang diedarkan untuk >dijual kepada mereka-mereka yang berminat untuk turut serta sambil >menderma mengisi tabung Biro Sukan dan Rekreasi Parti KeADILan >Nasional yang akan mengadakan expedisi ke Sabah pada pertengahan bulan >Ogos 2000.

 

 

 

Kepada saudara/i yang berminat untuk bersama-sama dalam majlis >tersebut adalah dipelawa untuk menghubungi nombor talipon 019->6619395 / 019-3162702 / 012-2122627 / 013-3248541 untuk membuat >tempahan selanjutnya.

 

 

 

Terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan anda.