KOMENTAR

SIASATAN KEKEJAMAN POLIS OLEH SUHAKAM

Siasatan 2/2000 yang diadakan di Pejabat Suhakam , Tkt 29 Bangunan T.A Razak pada 11.12.2000.

Di Hadapan : Tan Sri Anuar Zainal Abidin

                  Pn.Mehran Sirat

                  Simon Sipow

 

Saksi Pertama : Saedin Wateh (Pak Din)

Saksi Kedua    :Shaari Abd Karim

Saksi Ketiga   : Saiful Khairy Kamarulzaman

Saksi Keempat : MonaSufian Putra Zulkarnian

Memberi keterangan bagaimana Polis bertindak kasar menendang motor, memecahkan cermin kereta.

Polis menembak gas pemedih mata kearah Datin Presiden Wan Azizah dan Ust Fadzil Noor.

Melihat polis memukul orang tua dengan kasar sekali lalu saya tegurnya atas rasa simpati.

Tiba-tiba saya pula di hampiri dan di pukul oleh polis. Muka saya di tumbok dan ada yang menendang kemaluan saya.

Saya telah ditangkap dan dibawa kearah lori dimana di sanalah muka saya di "Spray"

Dalam lori yang mengandungi anggaran 40 orang dan dikurung selama 4 jam mereka datang dan melepaskan gas pemedih mata beberapa kali dalam lori tersebut.

Keesokkannya saya dimasukkan ke Hospital dan mata saya telah ditutup dengan kapas akibat kesakitan selama 3-4 hari.

Pada lebih kurang jam 2.30 petang , 5.11.2000 saya berada disimpang Jln Kebun. Polis menghalang kereta dan kereta saya berada dibelakang dan tidak boleh bergerak.

SAya keluar dari kereta dan saya nampak lebih kurang 50 orang bersembahyang di tepi jalan.

Tiba-tiba polis pancut Air Kimia dari arah belakang tanpa arahan. Kami semua masuk kereta.

Setelah masuk kereta, ASP Shamsuddin tendang pintu kiri kereta. ASP Bhananvi menghenjut bonet kereta dengan kaki dan cuba memecah cermin sebelah driver.

Apabila sampai di balai saya dikasari.

 

AKAN MENYUSUL KETERANGAN

SAIFUL KHAIRY KAMARUZAMAN

DAN SHAARI ABD KARIM