KOMENTAR

 

2hb Ogos 2000

 

SALAM REFORMASI

 

KINI SUARA SUHAKAM DI PINGGIRKAN

 

SUHAKAM sudah mengeluarkan kenyataannya bagi menyokong perhimpunan aman 4hb Ogos 2000. SUHAKAM dalam kenyataannya juga memohon polis untuk jangan bersikap “menentang” tetapi sebaliknya bersikap mesra rakyat. Hak berhimpun telah termaktub dalam perlembagaan tetapi oleh kerana mereka takut melihat kebangkitan rakyat maka perhimpunan itu diselar sebagai perhimpunan haram.

 

Kini suara SUHAKAM di tutup dari terus disiarkan oleh media arus perdana. Sungguhpun beberapa akhbar berbahasa Inggeris ada menyiarkan berita itu tetapi lain-lain media bahasa Melayu, media TV dan radio terus menutup kenyataan SUHAKAM dengan harapan sebahagian rakyat tidak didedahkan dengan sokongan SUHAKAM untuk kita mengadakan perhimpunan aman. Tan Sri Musa Hitam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusiakini menyokong kebebasan bersuara rakyat Malaysia. SUHAKAM juga berpendapat isu Anwar Ibrahim adalah isu besar negara ini dan rakyat sepatutnya diberi hak untuk mengadakan perhimpunan aman.

 

RAKYAT MALAYSIA YANG PRIHATIN, hadir 4hb Ogos 2000, inilah peluang kita menunjukkan bahawa kita prihatin kepada kezaliman yang diperlakukkan keatas Sdr Anwar Ibrahim. Kita mahu Mahathir berundur dengan segera. Inilah peluang kita menunjukkan bahawa REFORMASI BELUM MATI…………REFORMASI..REFORMASI….REFOR-MA-SI

 

Komentar