ALAHAI……SUHAIMI IBRAHIM (GPMS)

 

Beberapa hari kebelakangan ini si Suhaimi tengah cuba untuk mendapatkan kerusi diparlimen, bodeking time telah bermula siapa yang lantang menyuarakan pendapatnya akan mendapat perhatian dari si tua Mahathir. Bagi menjayakan kesinambungan kuasa Mahathir yang kian pupus, orang seperti Suhaimi cukup sesuai untuk dijadikan perisai kepadanya.

 

Isu suqiu belum cukup untuk membawa anda ke kerusi parlimen seperti Tengku Adnan dengan buku fitnahnya 50 dalilnya itu tapi kalau setakat Pemuda UMNO yang tak mempunyai wibawa dalam kancah politik,  mungkin. Tapi sebagai seorang yang mempunyai cita-cita politik saudara harus melihat akan arus kehendak rakyat. Untuk pengetahuan anda rakyat inginkan perubahan, kalau ketidakadilan terhadap DSAI saja saudara tidak becus mengendalikannya bagaimana mungkin isu yang besar seperti suqiu anda boleh menyelesaikannya. Kritik terbuka anda terhadap Pemuda Umno dalam malaysiakini akan membuatkan anda terpinggir dari mendapat sokongan dari pemuda sendiri. Kecuali Mahathir dalam keadaan uzur politik dan usia dapat mengunakan anda sebagai salah seorang budak suruhannya sepertimana Khir Toyo.

 

Secara peribadi dan melihat kemampuan anda dalam dialog terbuka antara saudara dengan pimpinan muda barisan alternatif di UM, meyakinkan saya yang saudara tidak lebih dari pembodek kelas II dalam senario politik Umno masa ini. Kecuali kalau penaung GPMS si Mahathir Muhamad telah memberi direktif kepada saudara untuk mengeruhkan suasana sekarang ini.

 

Sebagai seorang pemerhati politik saya nasihatkan anda untuk tidak mengadakan demonstrasi dalam isu suqiu seperti pepatah orang tua-tua API JANGAN DILAWAN DENGAN API, berundinglah secara tertutup. Dan pada pendapat saya sudah sampai masanya anda membetulkan golongan muda dibawah pimpinan anda untuk membetulkan sistem pemerintahan yang bobrok sekarang ini ke-landasan yang benar.

 

Lihatlah sendiri bagaimana pimpinan Umno yang anda sokong sekarang ini menidakkan kehendak rakyat di Lunas dengan membawa tohmahan-tohmahan palsu, seperti mana tuduhan palsu keatas DSAI penasihat GPMS

 

Hentikan sikap 'personal interest', golongan muda dan rakyat pada amnya inginkan perubahan menyeluruh dalam sistem pemerintahan, perundangan dan ekonomi, itupun kalau anda bercita-cita menjadi orang  yang dapat dibanggakan oleh anak-anak anda.

 

Reformasi total menunggu lambaian anda.

 

 

a@2000