KOMENTAR

Komentar 1

23.05.2000

 

PENIPUAN 2.8 JUTA AHLI UMNO

 

Setiausaha Agung UMNO menipu lagi. Ketelusan UMNO masih diragui. Pembohangan terakhir adalah 2.8 juta ahli UMNO. UMNO masih “gah” dengan jumlah ahli yang kononnya ramai tetapi hakikatnya tidak. Komentar cabar UMNO untuk menyenaraikan nama, alamat dan kad pengenalan ahlinya. Komentar berani mengatakan bahawa 2.8 juta ahli adalah gimmik murahan UMNO dalam keterdesakkannya untuk menunjukkan bahawa UMNO tidak hilang sokongan. Sahut cabaran Komentar ini kerana Komentar yakin ahli UMNO tidak seramai itu. UMNO tetap mendakwa ahlinya begitu ramai sedangkan pengiraan dibuat tanpa rujukkan terbaru. Mereka terus mengira ahli UMNO yang telah meninggal dunia, yang telah keluar parti tetapi tidak membatalkan nama-nama sebagai  ahli UMNO. Hakikatnya Setiausaha Agung itu perlu dipertanggungjawabkan.

 

AHLI UMNO BUKAN 2.8 JUTA

Komentar