SUARA KITA TETAP TERHALANG

Komentar 9/4/2000

 

Perhimpinan Peringkat Kebangsaan semperna Ulang Tahun Pertama keADILan yang dijangka diadakan pada 9hb April 2000 bertempat di Padang Taman Pinggiran Batu Caves Sri Gombak telah disekat dan dihalang. Mereka tidak habis-habis menghalang dan penghalangan ini hanya menunjukkan pencabulan hak kita untuk bersuara. Penghalangan ini dibuat kemungkinan mengikuti penghalangan mengadakan rapat umum/ ceramah umum di Kuala Lumpur. Tidak mustahil Selangor akan mengenakan sekatan yang serupa. Sungguhpun begitu Program itu telah dialih dari Taman Pinggiran Batu Caves ke Desa Melawati dikawasan Pejabat keADILan Sdr Azmin Ali. Seperti biasa cubaan menghalang terus dilakukan dengan kehadiran polis, fru dan Unit Cawangan Khas. Takut benar mereka dengan kehadiran yang tidak sampai 1,000 orang. Takut benar mereka dengan suara kita. Takut benar mereka dengan sokongan rakyat biarpun terdapat perubahan tempat program secara terpaksa oleh mereka. Halangan mereka adalah kerana perhimpunan itu tidak mempunyai permit tetapi bila minta permit tidak pernah diluluskan sekarang. Mereka mahu menekan kita dan menghalang kita dari terus menuntut keadilan. Walauapa pun reformasi TETAP DITERUSKAN. Yang paling mengejutkan Komentar adalah kehadiran Anuar Tahur dengan ucapan penutup yang penuh bersemangat. RE-FOR-MA-SI, itulah laungan Anuar Tahir. Tahniah Anuar Tahir kalau kini beliau telah kembali memulakan agenda perjuangan asal kita. Kita tolak tepi politik semasa kita menentukan agenda REFORMASI. Kita mesti hadir menunjukkan bahawa reformasi TIDAK MATI DAN TIDAK AKAN LENYAP selagi keadilan tidak terbela.

 

Komentar.