Kami GABUNGAN KUASA PELAJAR MALAYSIA mengutuk tindakkan keatas semua reformis
yang menyertai perhimpunan 100 ribu rakyat 5 November yang lalu.Tindakkan ini
jelas di luar aspek kemanusian dan zalim.
 
Rakyat seharusnya di beri hak untuk menyuarakan hasrat mereka secara telus bukan
dengan menyekat kebebasan mereka untuk berhimpun.Kezaliman polis sudah sampai di
kemuncaknya den rakyat seharusnya menentang kezaliman ini kita tidak boleh lagi
berdiam diri, kita tidak boleh lagi membiarkan kita terus di siksa dan kita
sebagai rakyat yang bermaruah perlu mempertahankan hak kita. Kami memberi amaran
keras kepada pihak kerajaan kami tidak akan berdiam diri dan kami akan terus
berjuang mungkin dengan lebih nyata lagi.ingat pihak polis yang mengajar kami
membenci mereka dan jangan salahkan kami sekiranya kami bangkit memperjuangkan
hak rakyat.
 
pihak kerajaan juga harus ingat pepatah bangsa sendiri hutang darah di bayar
darah...dan hutang itu wajar di tuntut.Kami tidak akan berdiam diri lagi dan di
sini kami ingin menyatakan berberapa cadangan untuk di pertimbangkan oleh rakyat
demi memastikan hak kita tidak di pijak lagi:
 
1) Adakan perhimpunan di setiap balai polis daerah untuk mengutuk kezaliman
polis.polis di setiap daerah mungkin tidak mencukupi untuk menzalimi kita jika
kita hadir beramai-ramai di setiap daerahsemua ngo dan parti pembangkang perlu
menjalinkan kerjasama dalam merealisasikan perhimpunan ini.Sekiranya tidak ada
pihak yang ingin tampil mengetuai perhimpunan ini kami menawarkan diri untuk
merancang demonstrasi tersebut.
 
2)Adakan perhimpunan di setiap majlis perhimpunan barisan nasional terutama
perhimpunan umno 18 november ini supaya mereka akan terus di desak untuk
menghormati hak orang lain. Dan harus di ingat sekiranya rakyat bersatu
menyokong perhimpunan pasti pihak polis tidak akan berani memberikan permit
untuk berhimpun kepada barisan nasional kerana takut akan mencetuskan keganasan
kalau keganasan tercetus pihak polis lah yang bertanggungjawab kerana
mengeluarkan permit.
 
3)Boikot semua aktiviti yang di anjurkan oleh pihak polis untuk menyedarkan
mereka betapa rakyat telah membenci mereka.
 
4)Perhimpunan seperti perhimpunan 100 ribu rakyat yang lalu wajar di adakan
sekerap yang mungkin untuk memberikan tekanan kepada pihak kerajaan dan polis.
tempat perhimpunan pula perlu lebih strategik dan berkemampuan untuk memudahkan
org ramai berhimpun
 
5)wujudkan kempen mengutuk tindakkan polis keatas semua tahanan dan para
reformis untuk menyedarkan mereka bahawa kerjaya polis kini di benci rakyat
hingga mereka di gelar anjing jadi komunis pun tak kena panggil anjing.
 
Pihak polis harus sedar mereka yang merosakkan imej mereka sendiri jangan di
persalahkan rakyat.Andalah bangsa yang sanggup memukul dan menjatuhkan maruah
bangsa sendiri.
 
kami mengharapkan respon dari seluruh rakyat untuk memperjuangkan hak
rakyat.kami juga mengharapkan kerjasama dari semua parti alternatif dan pihak
NGO
Sebarang cadangan atau sokongan sila email kami di
 
students_power@freanwar.com
 
atau kepada semua semua mahasiswa universiti sila hubungi wakil universiti
 
gkpm_um@freeanwar.com
gkpm_uia@freanwar.com
gkpm_upm@freeanwar.com
gkpm_uniten@freeanwar.com
gkpm_mmu@freeanwar.com
gkpm_uitm@freeanwar.com
gkpm_ukm@freeanwar.com
 
sekian terima kasih