KOMENTAR

 

26.09.2000

Salam Reformasi

 

STADIUM BUKIT JALIL TIDAK MEMBENARKAN KITA BERHIMPUN

 

Keputusan Pengurusan Stadium Bukit Jalil untuk tidak membenarkan kita berhimpun adalah jelas keputusan politik. Andai Bukit Jalil membenarkan pasti Polis akan menghalangnya. Mahu tidak mahu kita Reformis sudah menjangka keputusan itu.

 

Hakikat tidak membenarkan penggunaan Stadium tersebut jelas;

 

Mereka takut melihat kebangkitan rakyat

 

Mereka takut melihat perhimpunan yang akan menjanjikan 100,000 ribu orang menuntut REFORMASI

 

Mereka tidak mahu orang UMNO yang selama ini buta hati terbuka minda melihat betapa ramainya rakyat yang menuntut reformasi.

 

Pokoknya MEREKA TAKUT PADA BAYANG-BAYANG SENDIRI.

 

Komentar andai diberi peluang ingin mempersoalkan perkara ini kepada Ketua Pemuda UMNO yang selama ini menipu dalam wawacara dengan MALAYSIA KINI.

 

Kebenaran yang mereka mahu perjuangan ialah kebenaran membenarkan hak rakyat untuk diambil sebagai hak peribadi dengan berpegang pada kuasa yang kian lama kian basi.

 

Stadium Bukit Jalil bukan tempatnya. Mungkin Jalan Tuanku Abdul Rahman membenarkan.

 

Reformasi tetap Reformasi

 

Komentar

Bebaskan Anwar