Sehingga
Sabtu 23 September bila dihubungi, pihak Perbadanan Kompleks Sukan Negara masih
menyatakan tiada sebarang keputusan dibuat berkenaan permohonan menggunakan
Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini bermaksud permohonan masih dalam pertimbangan.
Dengan
itu, Jawatankuasa Bulan Reformasi menyeru para penyokong reformasi bersiap
sedia untuk turun ke Kuala Lumpur pada 7 Oktober. Perhimpunan bermula pada
pukul 8:00 malam. Usaha-usaha mobilisasi hendaklah dilakukan dari sekarang bagi
membolehkan orang ramai menghadiri Perhimpunan 100,000 Rakyat di Stadium
Nasional Bukit Jalil.
Persediaan
yang rapi sedang dilakukan oleh Jawatankuasa Bulan Reformasi bagi membolehkan
perhimpunan itu berjalan lancar dan teratur.
Dalam
masa yang sama, Jawatankuasa Bulan Reformasi menyeru agar kempen tandatangan
menyokong perhimpunan tersebut diteruskan.
Ini bagi membolehkan Jawatankuasa Bulan Reformasi mendesak kerajaan
sekiranya permohonan kali kedua masih ditolak.
Jawatankuasa
Bulan Reformasi meletakkan sasaran tarikh 30 September untuk mendapatkan
100,000 tandatangan menyokong perhimpunan ini
Hj. Saari Hj. Sungib
Pengerusi Jawatankuasa Bulan
Reformasi,
Parti
KeADILan Nasional
Jawatankuasa
Bulan Reformasi
http://bulanreformasi.tripod.com
emel:
abuurwah@freeanwar.com
24 September
2000