LANJUTAN SOAL SIASAT KES PERHIMPUNAN DESA MELAWATI 9/4/2000

Komentar 11/4/2000

 

Soal siasat kes perhimpunan sempena ulangtahun 1 Parti keADILan Nasional yang diadakan di Desa Melawati dijalankan hari ini. Antara yang telah dipanggil adalah Datin Seri Wan Azizah, Sdr Ruslan Kassim, Sdr Zainur Zakaria dan Sdr Syed Baniamin. Dilapurkan kepada Komentar terdapat 7 nama yang akan dipanggil termasuk Sdr Azmin Ali. Pengesahan belum diperolehi akan nama-nama lain yang ada dalam senarai polis.

 

Mereka dihantar notis yakni Arahan Menghadiri Penyiasatan Bawah Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah atas Perhimpunan Tiada Permit ( Sek 27 Akta Polis). Komentar sempat mengambil beberapa gambar semasa mereka menghadirkan diri di IPK Kuala Lumpur. Ramai kepimpinan dari PRM hadir untuk memberi sokongan kepada mereka-mereka yang hadir untuk disoalsiasat. Setakat ini TIDAK terdapat sebarang penangkapan berlaku.

 

Perhimpunan tersebut adalah perhimpunan aman semperna ulangtahun 1 Parti Keadilan Nasional yang tidak langsung diberi permit oleh polis. Nak sambut “birthday” pun kena ada permit sekarang. Oleh itu mereka- mereka yang mahu melangsungkan sebarang perhimpunan baik sambutan “birthday” mahupun kahwin atau upacara berkhatan perlu diadakan permit. Bayangkanlah sekiranya tidak Tok Mudim terpaksa di soalsiasat atas Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah, Perhimpunan Tanpa Permit Seksyen 27 Akta Polis.

 

Inilah negara ku.

KOMENTAR