EMAIL YANG DITERIMA TENTANG TULISAN KOMENTAR BERKENAAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

 

Beberapa email di terima dan adalah lebih baik Komentar menjawab email tersebut dan mempamerkannya mudah-mudahan dapat memberi penerangan kepada yang lain.

 

 

Sdr Komentar, apaka tulisan sdr tidak menymbah petrol kepada api perkauman. Apakah ini menunjukkan bahwa sdr setuju dengan UMNO keparat itu dalam isu ini? Kita lihat banyak sandiwara UMNo dalam isu Sauk dan beberapa mainan mereka. Bukankah tidak mustahil ini satu permainan?

Kita mesti tengok UMNO dengan berhati-hati kerana mereka sanggup lakukan apa saja .

Jangan kita pikir tak sanggup buat , mereka sanggup melakukan pembunuhan dengan fitnah kepada Anwar Ibrahim.

Isu ini sepatutnya tidak di manipulasi oleh Umno dan juga laman reformasi Komentar.

 

Jawapan oleh Komentar

 

Sdr, untuk makluman sdr Laman Komentar adalah antara Laman terawal mengatakan bahawa Isu Keistimewaan Melayu adalah mainan UMNO. Komentar selama mengendalikan Laman ini sedar akan kezaliman perlakuan Mahathir dan kuncu-kuncunya. Apa yang lebih dipersoalkan adalah Kenyataan 17 Perkara Suqiu. Komentar  memetik antara 17 perkara tersebut ada yang mengaitkan sedikit sebanyak Isu Keistimewaan Melayu. Apa yang Komentar perjelaskan ialah andai ini mainan politik UMNO….HENTIKAN SEGERA KERANA KAMI TIDAK MAHU ADA PERGESERAN KAUM SEHINGGA MEMBAWA KEPADA PERTUMPAHAN DARAH DI MALAYSIA. Andai Suqiu benar membuat kenyataan tersebut maka kita harus tangani perkara ini dengan segera. Kita andaikanlah bahawa kenyataan ini di manipulasikan oleh Mahathir, kita desak Suqiu membubarkan pertubuhannya kerana bersenkongkol dengan musuh No 1 Malaysia Dr Mahathir. Ini juga melambangkan David Chua memperalatkan kedudukannya dengan mengheret kesemua anggota Suqiu ke kancah pergolakkan perkauman. Komentar mahu kita tangani perkara ini diperingkat awal agar terhindar kekecohan kelak. Sekiranya benar ada usaha untuk mempergolakkan Hak Keistimewaan Melayu maka kita pendokong Barisan Alternatif harus menangani isu ini sebaik mungkin. Kita mengikut pilihanraya ke 10 merupakan suara melayu.

 

 

Komentar

 

Tulisan Komentar mengenai isu Hak Keistimewaan Melayu amat membuka mata saya.

Sebagai anak melayu.

Saya terkejut juga melihat beberapa perkara yang terkandung dalam memorandum Siqui. Nampak juga ada usaha untuk terus membiarkan kita jadi rakyat bumiputra yang tergadai.

Untuk pengetahuan saya adalan pendokong reformasi dan sama-sama bersama tuntutan reformasi Anwar Ibrahim.

Tapi kalau isu ini menolak apa yang ada pada kita maka kita perlu meletak kaki dan tidak berganjak dari mempertahanankan martabat melayu. Saya percaya anwar juga mahu kita tahankan mertabat kita. Kita tak perlu ikut Umno kita ikut reformasi kita mempertahankan hak kita.

 

JAWAPAN KOMENTAR

 

Terima kasih atas email tersebut. Komentar juga mempunyai pendapat yang serupa dengan sdr. Sungguhpun begitu penerangan menyeluruh dari Sigiu penting. Kalau muzakarah perlu diadakan dengan mereka maka itu adalah sesuatu yang amat kita alukan.  Komentar percaya bahawa kita perlu bersikap terbuka apabila membicarakan tentang perkara ini. Artikel Komentar ada menyebut kita perlu sensitive dan bersikap toleran dalam menangani isu ini. Walaubagaimana pun bukan hanya Melayu perlu bersikap toleran tetapi bangsa lain juga perlu sensitive dan toleran.  Tidak adil rasanya hanya kita sahaja yang mahu bersikap hati-hati dalam membicarakan isu perkauman tetapi mereka tidak.

 

 

Web Master Komentar,

 

Apakah komentar mahu sebelah UMNO dalam isu ini sedangkan semua ini palsu. Apakah politik sdr ini. Nampak gaya macam sdr ini juga mahu kita bergaduh sesama cina. Jangan main perkara macam ini. Sya yakin isu ini politik murahan umno. Jangan tertipu dengan perkara ini.

 

JAWAPAN KOMENTAR

 

Apa pula sekiranya perkara ini benar dan bukan mainan? Itulah yang sebenarnya Komentar utarakan. Kita perlu peka, sekiranya mainan UMNO maka kita bertanggung jawab memberi amaran kepada mereka. Sekiranya benar kita perlu mencari jalan mengatasinya. Bukankah itu lebih telus dan lebih praktikal dan menunjukkan kematangan kita dalam mengendali sesuatu isu.

 

 

Akan di sambung , sudah lewat jam 3.00 pagi.

 

Komentar

Bebaskan Anwar Ibrahim