Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail

Ahli Parlimen Kawasan Permatang Pauh

Soalan-Soalan Untuk Jawapan Lisan

1. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan kenapa jabatan-jabatan dibawah Jabatan Perdana Menteri seperti Unit Perancang Ekonomi dan sebagainya tidak mempunyai laporan audit. Bagaimana jabatan-jabatan ini boleh dipertanggongjawabkan dari segi 'acountability' , kredibiliti dan ketelusan dalam keputusan-keputusan yang dibuat.

2. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan mengapa kerajaan membeli saham MAS dari Tan Sri Tajuddin Ramli dengan harga RM8.00 sedangkan dua minggu sebelum itu kerajaan membeli saham yang sama dengan harga RM4.00 dari Kerajaan Brunei. Berapa jumlah hutang MAS yang tetunggak yang terpaksa ditanggong oleh pemegang saham baru.

3 Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah kerajaan akan mempertimbangkan cadangan yang dibuat oleh Persatuan Perubatan Malaysia dan Citizens Health Initiative (CHI) untuk memperkenalkan insuran awam sebagai program untuk membiayai kos pengendalian kesihatan awam. Apa masaalah yang dihadapi sehingga tertangguh pelaksanaan program ini.

4. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial menyatakan beberapa kalikah Lembaga Penasihat Perpaduan Negara bermesyuarat sejak ditubuhkan. Apakah dasar-dasar dan program-program perpaduan yang telah dicadangkan dan implikasinya terhadap masyarakat.

5. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Luar menyatakan apakah pendirian Kerajaan kepada permohonan Chechnya untuk mendapat status pemerhati dalam Persidangan Negara-Negara Islam (OIC).

6. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengatasi kekurangan guru di sekolah-sekolah rendah Tamil yang pada bulan Ogos 1999 sekolah-sekolah tersebut berkurangan 1000 guru.

7. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil untuk menambah maklumat dan bahan tentang Sarawak dan Sabah dalam sukatan pelajaran sekolah-sekolah menengah, terutamanya dalam geografi dan sejarah.

8. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan pencapaian matlamat penduduk mendapat rumah dalam katogeri rumah kos rendah dan sederhana. Berapa jumlah projek perumahan rumah kos rendah yang terbengkalai.

9. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah kerajaan akan terus mengeluarkan bon untuk membiayai perbelanjaan kerajaan dan projek-projek pembangunan. Apa polisi kerajaan terhadap syarikat swasta yang membiayai keperluan kewangan mereka melalui pengeluaran bon.

10. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Pengangkutan menyatakan berapa kerugian yang dialami oleh MAS akibat melaksanakan dasar Selatan-selatan untuk menerbangkan MAS ke destinasi-destinasi negara Selatan. Apakah kerajaan akan meneruskan penerbangan kedestinasi ini.

Soalan-Soalan Untuk Jawapan Tulis

1. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Dato' Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kenapa permit untuk penerbitan Berita KeADILan masih belum diluluskan.

2. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Dato' Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana Tabong Amanah Pencen dan Permodalan Nasional Berhad boleh memberi jaminan kepada 'underwriter bank' dalam penerbitan saham TimeDot.com. Apa hubungan antara institusi tersebut dengan TimeDot.com.

3. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Dato' Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa banyak pinjaman yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan kepada syarikat-syarikat tanpa dikenakan faedah. Sila nyatakan bagaimana Bank Pembangunan mendapat sumber kewangan untuk membiayai pinjaman-pinjaman ini.

4. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Dato' Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kenapa polis bertindak provokatif dalam dalam beberapa program ceramah yang dianjurkan oleh parti komponen Barisan Alternatif seperti di Kulim dan sebagainya.

5. Y.B. Datin Seri Wan Azizah Dato' Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan justifikasi penambahan kakitangan polis pencegah rusuhan sehingga tiga kali ganda. Apakah ini sebahagian dari program mesra rakyat yang hendak dilaksanakan oleh pihak polis.