Y.B. Ramli Bin Ibrahim

Ahli Parlimen Kawasan Kota Baru

Soalan-Soalan Untuk Jawapan Lisan

1. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bagaimana boleh seorang yang disyaki membunuh Encik Seow Nam Keong dengan menggunakan senjata api di Rasah, Negeri Sembilan dibebaskan dengan ikat jamin sedangkan bekas Timbalan Perdana Menteri yang menghadapi tuduhan yang lebih ringan tidak dibenarkan.

2. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Perdana Menteri menyatakan samaada kerajaan akan meneruskan dasar penswastaan walaupun menghadapi kegagalan demi kegagalan. Apa justifikasi kerajaan menswastakan kerja-kerja penyelenggaraan jalanraya kendalian JKR.

3. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan kerajaan terhadap syarikat-syarikat tajaan kerajaan atau swasta yang mengamalkan rasuah dalam melaksanakan projek-projek di negara selatan-selatan. Setakat ini berapa syarikat Malaysia yang didapati terlibat dalam amalan rasuah di negara luar.

4. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan akan menubuhkan sebuah badan untuk mengambilalih dan memajukan tanah-tanah di Wilayah Persekutuan. Apa pendekatan yang akan digunakan untuk memasti tidak berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pelaksanaan pembangunan oleh badan ini.

5. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Menteri Kerja Raya menyatakan kenapa kerajaan mengeluarkan 'minimum guarantee' kepada pemegang konsesi lebuhraya bertol sedangkan mereka telah membuat 'viability studies' sebelum diluluskan pelaksanaannya. Sila senaraikan 'minimum guarantee' yang diberikan kepada konsesi lebohraya bertol serta jumlahnya.

6. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa menyatakan apa jaminan kerajaan bahawa Petronas dapat menjadikan Proton sebuah syarikat yang kompetitif menjelang tahun 2005 atau sengaja mahu Petronas menanggung kerugian apabila AFTA dilaksanakan. Apakah kerajaan bercadang menjual Proton kepada syarikat asing sebagai rakan strategik.

7. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilakah Pusat Asasi Sains Universiti Malaya berhenti mengambil penuntut baru. Apakah sebab-sebab ketika itu pusat tersebut tidak lagi mengambil pelajar baru.

8. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Perdana Menteri menyatakan apakah Kerajaan bersedia melaksanakan cadangan yang dikemukakan oleh Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) pada tahun 1991 untuk menubuhkan sebuah badan berotonomi bernama Majlis Perundingan Perpaduan Negara yang bertujuan mengurangkan polarisasi kaum serta mempertingkatkan integrasi kaum di negara kita.

9.Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah kerajaan sedar bahawa jumlah sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil merosot dari 530 buah sekolah pada Mac 2000 ke 423 buah sekolah pada Februari 2001. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan ini.

10. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Menteri Luar menyatakan pandangan Kementerian terhadap seorang duta di Washington yang mengeluarkan kenyataan yang mendahului kenyataan rasmi kerajaan seperti bekas Timbalan Perdana Menteri dibenarkan mendapat rawatan dari pakar luar sedangkan dalam masa yang sama Timbalan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang sebaliknya.