Oleh PENA SUASA

 

Agenda Siapa Sebenarnya?

 

SEJAK kes rompakan senjata berlaku 2 Julai lalu, hingga hari ini, media massa arus perdana masih terus meneruskan memainkan cerita ini sebagai berita utama dan diperbesar-besarkan.

Sesiapa sahaja yang faham etika persuratkhabaran dan kewartawanan, mereka tentunya tahu apakah alasan sebenar satu-satu isu itu diperbesar dan dimainkan saban hari, melebihi satu atau dua muka surat.

Ia tidak lain kerana “agenda” yang dipasang. Tidak kiralah agenda itu agenda siapa, sama ada ia agenda Ketua Pengarang atau Perdana Menteri, tentulah agenda itu mempunyai motif tertentu.

Kumpulan Al-Mauna belum tentu bersalah dalam dakwaan membunuh kerana siasatan belum dijalankan dan pendakwaan belum dibuat, tetapi media arus perdana sudah menghukum kumpulan ini, seolah-olah mahu mengambarkan kepada semua rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, inilah bahayanya jika orang-orang berserban, kuat agama dan bukan dari kalangan Umno berkuasa, mereka akan melakukan kekejaman.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir secara terus menuduh ini kerja “gila”. Megapa tidak ditubuhkan SuruhanJaya Siasatan DiRaja bagi menjelaskan isu ini. Atau, Mohd Amin Razali yang didakwa sebagai ketua kumpulan ini seharusnya dihadapkan ke mahkamah untuk rakyat tahu apa sebenarnya perjuangan mereka dan bukan  “menulis skrip dan mengarah drama” dengan klimak yang tunggang terbalik.

Usah gelar mereka mengamalkan ajaran sesat. Jangan tuduh mereka orang Islam yang sanggup berlaku zalim kepada bangsa lain. Usah terus menerus menuduh mereka dan bercakap ikut skrip yang disusun sebegitu rupa.

Lebih menghairankan sebuah media arus perdana menjangkakan kertas putih akan dibentang minggu depan. Ah! Mengapa begitu pantas? Apakah kertas putih ini sudah disiapkan lebih awal, sebelum rompakan bersenjata ini berlaku?

Untuk menyiapkan kertas putih, sekurang-kurang masa tiga bulan diperlukan. Jangan sesekali bermain “opera Cina” hanya kerana mahu melindungi sesuatu termasuk dakwaan bekas Ketua Penagarh BPR, Dato’ Shafie Yahaya terhadap Dr. Mahathir yang dikatakan menghalang tugasnya menyiasat Ali Abul Hassan Sulaiman yang mempunyai wang RM100,000 di laci meja pejabatnya yang disangsikan sumber wang tersebut.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Najib Razak juga jangan hanya menyerahkan “siasatan” kononnya ada sembilan lagi anggota tentera terlibat dengan kumpulan Al-Mauna ini kepada tentera juga. Dikhuatiri ada yang menjadi mangsa, dituduh dengan niat merosakkan seseorang tanpa memberi mereka peluang membela diri.

Di Malaysia, cerita pemfitnah boleh mendapat upah dan kedudukan bukan cerita baru. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah dijadikan “cagaran” nyawa Dato’ Nallakarupan. Peguam Manjeet Singh mendakwa, Gani Patail menawarkan “nyawa” kepada Nalla jika sanggup menandatangani afidavit yang menuduh Anwar ada melanggani pelacur.

Afidavit itu disiarkan sepenuhnya oleh media arus perdana yang bertindak selaku media upahan kepada Dr. Mahathir yang bimbang akan “ketelusan” Anwar.

Para konspirator menjatuhkan Anwar sudah menikmati habuan sekarang. Ketua konspirator, Dato’ Aziz Shamsudin dilantik menjadi Timbalan Menteri.

Tengku Adnan Mansor yang menaja pencetakan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM sudah dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan.

Beberapa “dayak” yang bersama-sama Aziz seperti Dato’ Ibrahim Ali, Umi Hafilda, Khairuddin Abu Hassan dan beberapa orang lagi sudah diberikan habuan. Umi dan Khairuddin akan menang kes mahkamahnya kerana “mahkamah” juga disusun sedemikian rupa.

Malahan, Dr. Mahathir bersekali dengan Umi yang didakwa pernah berzina dengan saksi pembela, Baginda ke London bertemu pelajar.

Umi juga mendapat peluang berceramah paling banyak di Kedah ketika Tan Sri Sanusi Junid “kaki tampar dan tempeleng orang” menjadi Menteri Besar.

Paling akhir, Umi berceramah di kawasan DUN Hulu Kelang yang menjadi sebab kekalahan BN di kawasan itu.

Sama-sama kita lihat apakah kesudahan agenda media, memperbesarkan isu Al-Maunah dan dalam masa yang sama, kita tengok apa lagi yang Dr. Mahathir mahu lakukan terhadap penyokong pembangkang setelah para konspirator diupah lumayan.