YANG PALING DI GEMARI KERAJAAN BN ADALAH SISWA/SISWI YANG PENAKUT

Akibat dari penswastaan Universiti-Universiti seperti Universiti Tenaga Nasional.Universiti Multimedia Universiti Tun Abdul Razak dan ipts-ipts lainya bukan sahaja memberikan beban yang terlalu besar terhadap ibu bapa pelajar dan mahasisiwa tetapi juga telah sedikit sebanyak menyemai perasaan cintakan dunia atau kata lain yang lebih tepat lebih mementingkan diri dari memperjuangkan hak agama bangsa dan negara.

Hasrat kerajaan Barisan Nasional hampir menjadi kenyataan apabila kebanyakan golongan mahasiswa ipts lebih cenderung berdiam diri dari bersuara untuk memperjuangkan hak mereka.Hasrat kerajaan sudah pastinya adalah untuk meyekat suara pelajar dari menembusi pagar Universiti,supaya golongan pelajar menjadi ahli keluarga kepada golongan pencinta kezaliman atau kata lain keluarga UMNO.

Mahasiswa ipts mungkin mempunyai sebab yang khusus untuk merasa takut mungkin takut di kenakan tindakan oleh pihak Universiti yang sememangnya di tekan oleh pihak kerajaan supaya golongan pelajar dalam kategori pejuang menentang DrM  di hapuskan sama sekali.Mungkin juga pelajar takut pinjaman hampir RM 70 ribu yang diberikan oleh kerajaan melalui PTPTN di tarik balik dan ini akan mematikan terus harapan dan impian untuk bergelar siswazah.

Sekiranya pelajar di berhentikan pengajian pasti pelajar akan menanggung hutang pinjaman yang perlu di jelaskan semula. Mahasiswa ipts sebenarnya sedar akan kebenaran tetapi akibat dari perancangan teliti rejim Mahadhir untuk menyekat kebebasan pelajar telah membantut kan hasrat pelajar ipts untuk bangun bersama rakyat berjuang mempertahan agama,bangsa dan negara.

Mahasiswa ipts perlu sedar sebagai seorang pelajar ipts yang perlu menghabiskan pengajian dalam tempoh empat tahun(lepasan spm) jangan anda ingat anda hanya menderita selama 4 tahun berjuang untuk mendapatkan ijazah tetapi ingat anda bukan setakat menderita selama 4 tahun hakikat sebanarnya anda perlu menerima akibatnya untuk 19 tahun(4 tahun di Universiti dan 15 tahun untuk membayar balik pinjaman beserta 4% interest lebih dari RM 400.00 sebulan)ini bermakna selepas memperolehi ijazah anda perlu mencari pekerjaan dengan gaji yang paling kurang RM 1500.00 itupun belum tentu cukup untuk membantu keluarga dan keperluan lain.mahasiswa perlu ingat interest 4% yang dikenakan oleh PTPTN untuk pinjaman pengajian berjumlah hampir RM 20 ribu ini bukan satu jumlah yang sedikit. Pelajar ipts perlu bangun dari tidur yang hanya memberikan mimpi mimpi indah tetapi kenyataan yang sebenarnya amat menyedihkan.

Siswa dan siswi ipts perlu bersatu memperjuangkan hak mereka,hak agama,hak bangsa dan hak rakyat.sekiranya mahasiswa bersatu bukan setakat DrM boleh kita jatuhkan bahkan dunia juga boleh kita gegarkan dengan suara kebangkitan.Kita sebagai siswa ipts perlu turut memperjuangkan hak kita sebagai rakyat Malaysia.Mahasiswa perlu menunjukan kepada DrM dan kerajaan yang ada sekarang kita tak sanggup di tindas lagi..mahasiswa perlu mendesak agar semua unsur menyekat kebebasan mahasiswa di hapuskan(AUKU yang paling penting untuk di kebumikan)Mahasiswa perlu turut mendesak agar pinjaman tanpa faedah di berikan kepada pelajar. Demi merialisasikan impian kita sebagai mahasiswa ..gunakanlah !!!STUDENTS POWER!!!  yang dimiliki oleh golongan pelajar untuk bangkit menghapuskan penindasan. nasib golongan mahasiswa perlu di ubah oleh mahasiswa sendiri kitalah pemimpin masa depan!!!

GABUNGAN KUASA PELAJAR MALAYSIA (GKPM)