SINDROM BISU

MUSA HITAM & SUHAKAM

 

Membaca tulisan Hi Mohanas di dalam Laman Mahafiraun berkaitan Musa Hitam mengingatkan kita satu masa sewaktu beliau masih menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan. PM.

 

Musa Hitam sewaktu UMNO diambang perpecahan didalam ucapan merasmikan Mesyuarat Agong Pemuda UMNO Malaysia ketika itu telah menegur sikap segelintir ahli UMNO dan mempopularkan perkataan Pemuda UMNO jangan mempunyai sikap SINDROM BISU.Kita percaya bahawa teguran Musa ketika itu terhadap sikap ahli pemuda yang memekakkan telinga(jika tidak silap saya ketika itu samada DSAI atau Najib menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia) dan menutup mulut dan takut menegur kesilapan pemimpin yang lebih atas demi jawatan dan mahupun kepentingan perut.

 

Kini Musa hitam sebagai Pengerusi Suhakam berhadapan dengan Pemuda UMNO yang menganut fahaman SINDROM BISU yang satu ketika dahulu pernah ditimbulkan oleh beliau.

 

Nah sekarang ini apa yang ditakuti oleh Musa Hitam berkaitan dengan budaya SINDROM BISU ini telah menjadi penyakit yang sukar di ubati di dalam Pemuda UMNO dan Musa sebagai Pengerusi Suhakam berhadapan dengan isu ini dan dapatkah beliau bertindak sebagai doctor untuk mengubatkannya?

 

Kita penuh yakin bahawa Musa sesunguhnya di kira berjaya sekurang-kurangnya jika dapat mengajar Ketua PEMuda UMNO ketika ini erti sebuah demokrasi di mana didalamnya  ada parti pemerintah dan ada parti pembangkang.

 

Kita selama ini kecewa dengan kefahaman seorang peguam yang menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang selama ini pekak.sehingga dipermainkan dengan gelaran pondan bersura Angsa.,

 

CZACK.

18hb. Ogos 2000