KOMENTAR

 

15hb Ogos 2000

SALAM REFORMASI

 

SIMULASI SAUK UNTUK APA?

 

Bila insiden Sauk di tolak oleh rakyat kerana penuh misteri yang sukar dapat diselesaikan. Maka beberapa orang tentera akan memulakan pertunjukkan “tattoo” bagaimana Peristiwa Rampasan Senjata boleh terjadi. Mungkin Lt Jen Zaini akan dipilih sebagai pelakon utama takkala menepis senjata dan menjadi “wira” instant negara. Mungkin setelah mendapat Pedang sebagai anugerah keberanian, beliau boleh pula menerima trophy pelakun terbaik suatu hari nanti.

Dalam banyak hal pelbagai usaha oleh kerajaan untuk memastikan insiden ini diterima rakyat. Kenapa sampai begitu sekali? Kurang benarkah kepercayaan rakyat kepada Kerajaan sehingga kerajaan terpaksa membuat simulasi terhadap peristiwa Sauk.

Mungkin senjata yang anggaran sebanyak 146 laras, peluru dengan jumlah 5,000-6,000 butir dan umat AlMaunah sebanyak 15 orang akan ditempatkan dalam Pajero sebanyak 3 buah.

Mungkin simulasi ini juga akan menunjukkan betapa cepat janggut mereka yang ditangkap dapat tumbuh kerana untuk meniru gaya askar yang tidak berjambang dan berjanggut semasa kecurian itu berlaku.

Sebenarnya insiden Sauk ini walaupun dikatakan benar tetapi kerana manipulasi kerajaan untuk agenda politik mereka menyebabkan keyakinan terhadap kesahihan insiden ini dipersoalkan.

 

Datuk Najib sebenarnya mengundang lebih banyak persoalan dan kemungkinan dalam cubaan membuat simulasi Sauk.

 

Buat Najib buat, jangan tak buat…..sendiri susah bukan Mahathir nak tolong.