KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

04.06.2000

SIKAP KITA ESOK,

 

Esok, andai ada saudara kita yang terus dihina , dicerca, dituduh dan di tohmah, itu urusan dia. Kita jangan masuk campur. Esok andai kita melihat kezaliman berlaku biarkan, biarkan asal kita kenyang. Sikap ini jelas ditunjukkan oleh pendokong “hardcore” UMNO. Tidak ada sedikit pun rasa simpati mereka tentang tuduhan yang tidak berasas yang dibuat oleh kepimpinan mereka “Dr Mahathir” keatas Sdr Anwar Ibrahim. Tidak ada belas kesian atas perlakuan Rahim Noor keatas Anwar Ibrahim yang kini Rahim Noor masih bebas dalam jenyah yang dilakukan oleh beliau. Abdullah Badawi sedar akan menekan jahat “boss”nya tetapi angkuh dan hina membenarkan perkara tersebut dilakukan. Apkah kita dapat memaafkan perkara ini? Apakah Abdullah Badawi dapat diampunkan kerana menutup mata terhadap kezaliman dan tohmahan. Apakah mereka tidak langsung berhati perut membelasah Sdr Anwar Ibrahim baik dari segi fizikal dan maruah. Inikah kepimpinan yang kita mahu ? Tidak sensitive dan tidak langsung berperikemanusian. Mahathir, Abdullah Badawi dan kita semua akan pergi menghadap ALLAH satu ketika nanti. Kita akan disoal atas perbuatan kita. Apakah harus kita memberi ampun kepada manusia seperti kepimpinan UMNO sekarang ini? Apakah dosa fitnah keatas Anwar Ibrahim dapat terhapus dengan begitu sahaja. Kepimpinan UMNO lain terlibat dalam sokongan mereka kepada pemfitnah No 1 Malaysia yakni Dr Mahathir. Mereka akan mendokong dosa itu sehingga ke liang kubur. Mereka akan berhadapan dengan Allah, itu  yang pasti.

 

Apakah sikap kita esok ?

 

Komentar