KOMENTAR

 

28.07.2000

 

SALAM REFORMASI,

 

LING LEONG SIK BERSUARA BERKENAAN PROGRAM 4 AUGUST

 

Menteri Pengangkutan Malaysia Ling Leong Sik  (dikenali ramai kerana sandiwara letak jawatan) kini mengemukakan fakta yang tidak tepat semasa memberi komen berkenaan program 4 August 2000  menyatakan bahawa hanya 1% dari rakyat yang menyokong demonstrasi jalanan dan seterusnya REFORMASI. Statistik yang diambil oleh Datuk Ling langsung tidak berasas. Kalau dilihat penurunan majority yang mengundi Barisan Nasional nyata statistik tersebut pincang. Kemungkinan Datuk Ling dalam mendapatkan statistik tersebut mengambilkira jumlah penduduk Malaysia termasuk yang baru lahir serta kanak-kanak dan dibandingkan dengan kehadiran mereka berreformasi. Datuk Ling boleh mendapatkan  jumlah angka sebenar pendokong keADILan dan Barisan Alternatif dengan membenarkan mereka mengadakan program jalanan berserta permit. Dari situ (sekiranya berpermit) maka jumlah kehadiran mereka PASTI merisaukan UMNO.

 

Komentar mencadangkan kepada Datuk Ling hentikan permainan politik murahan ini dan beri tumpuan kepada kes mahkamahnya. Harapan Barisan Nasional sudah menipis untuk terus memegang kuasa.

 

Komentar