UNTUK BERITA KOMENTAR SELANJUTNYA KLIK SINI

NASIHAT JIKA NAMA DAN GAMBAR ANDA TERSIAR DALAM SURATKHABAR !

 

Antara gambar yang disiarkan dan di kehendaki oleh polis 

untuk tujuan soal siasat berkenaan Perhimpunan 5 Nov 2000

(gambar hiasan Komentar)

Kami telah menerima beberapa panggilan dimana ada orang yang nama dan gambar mereka tersiar dalam suratkhabar dan televesyen meminta nasihat.


Nasihat kami adalah seperti berikut:


1) Pihak polis mesti mengeluarkan waran tangkap untuk membolehkan anda menyerah diri.

2) Mengikut undang-undang, jika pihak polis mahukan kerjasama anda, pihak polis sepatutnya mengeluarkan satu sepina Notis 111 dimana notis tersebut menghendaki anda datang ke Balai Polis terdekat yang jauhnya tidak lebih dari 7 batu dari rumah anda.

3) Selain daripada itu, jika anda yakin diri, telepon balai polis dan pastikan balai polis mana dan Pegawai polis mana yang mengendalikan kes anda. Dapatkan butir-butir mengapa anda dipanggil atau beritahu peguam untuk membuat panggilan tersebut.

4) Anda juga dinasihatkan pergi dengan bantuan peguam dan jika kamu tidak mempunyai peguam, kami menasihatkan kamu menghubungi SUARAM atau Pusat Bantuan Peguam pada hari Isnin untuk membolehkan pihak-pihak ini membantu anda.

5) Jika anda ditahan polis, sebelum anda sempat pergi ke balai polis. Pastikan anda memberi nombor hubungan anda kepada seorang sahabat atau kawan dan suruh mereka menghubungi SUARAM atau Pusat Bantuan Guaman.

6) Selain daripada itu, jika anda ditahan, pihak polis hanya boleh mengambil satu kenyataan iaitu Kenyataan 113. Anda tidak perlu memberi sebarang maklumat kecuali butir-butir diri anda dan mengatakan kepada polis bahawa anda akan memberi semua kenyataan di Mahkamah. Jika pihak polis meminta satu kenyataan saksi iaitu kenyataan 112, anda dinasihatkan menjawab semua soalan kecuali jika soalan tersebut bermotif memerangkap anda. Dalam keadaan sebegitu, anda juga berhak memberitahu polis bahawa anda akan bercakap di mahkamah.

7) Selain daripada itu, anda boleh enggan untuk memberi sebarang kenyataan kepada pihak Risikan (SB) kerana itu tidak diperlukan dalam undang-undang.

8) Sentiasa memberitahu seorang kawan atau ahli keluarga dimana kamu pergi.

9) Sila cuba mengingati nama dan cam muka-muka polis yang mengendalikan kes anda. Jika ada sebarang insiden salahguna kuasa polis atau anda dikasari, maka anda boleh mengambil tindakan sivil terhadap pihak-pihak berkenaan.


Nombor-nombor untuk nasihat :

-------------------------------------

Pusat Bantuan Guaman      

03-26932072      (Waktu Pejabat Sahaja)
03-26913005      (Waktu Pejabat Sahaja)    

SUARAM                  

03-77843525      (Waktu Pejabat Sahaja)    

03-77820357      (Waktu Pejabat Sahaja)

Petugas SUARAM            

012-3795032

012-3769496
019-2409612




Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

add: 

383, 1ST FLOOR, JALAN 5/59, PETALING GARDENS
46000 PETALING JAYA, SELANGOR, MALAYSIA
Tel: 60-3-77843525      fax: 77843526

email: suaram@geocities.com      website:http://www.suaram.org