KEZALIMAN@KEGANASAN…..POLIS…?????
 
REJIM ZALIM MAHATHIR@MAHAFIRAUN.
 
5hb.Nov.2000 ….. Perhimpunan 100,000 rakyat …. Di Lebuh raya Kesas…..???? Apa
yang  telah terjadi …. Apa yang telah berlaku……??? Siapa yang berani mengaku
bertanggung-jawap sebagai penganjur Majlis…..????? dan siapa pula yang berani
bertanggung-jawap sebagai perosak majlis…..???? antara dua darjat telah berlaku
pada 5hb.Nov.2000….???.
 
Seluruh Jentera dan Penyokong UMNO@BN ….menuding jari kearah Barisan
Alternatif…..kerana menjadikan perhimpunan 5hb.Nov.2000…sebagai perhimpunan
ganas dan serta zalim…..???? kita kini mencari fakta pro dan kontra diantara dua
darjat ini….adakah Barisan Alternatif sebagai dalang kumpulan manusia ganas dan
zalim…..atau Rejim suruhan UMNO@BN yang menzalimi rakyat marhain…..????
Jawapanya masih tercari-cari oleh semua pihak dari BA atau BN…????.
 
Apakah Saudara Khairi…..Pak Din Reformasi ….Puan Nora Pertiwi
Reformasi….(sebagai contoh)….terdiri dari golongan
ganas…zalim….rakus…penjenayah…???? Apa yang mereka lakukan pada 5hb.Nov.2000 di
Lebuh Raya Kesas….adakah mereka merompak…merogol…merosakkan harta benda
awam….menghalang tugas polis…atau mereka ini cuba bunuh diri….????
 
1.      Kita kembali kepada isu Sdr.Khairi…apakah tugas beliau pada 5hb.Nov.2000 di
Lebuh raya Kesas…seperti biasa Sdr.Khairi orang yang bertanggung-jawap
memastikan keselamatan YB Datin Seri Dr.Wan Azizah dimana-jua dia berada…itulah
tanggung-jawap Sdr.Khairi yang diamanahkan oleh DSAI…dan 5hb.Nov.2000….???
Apakah tujuan pihak POLIS menghalakan senjata pelancar GAS PEMEDIH MATA kearah
YB DATIN SERI DR.WAN AZIZAH dan melepaskan GAS PEMEDIH MATA KEARAHNYA…..????
Jawapan rasmi dari pihak FRU dan SB masih belum kita terima….siapakah yang
bertanggung-jawap mengarah dan melepaskan tembakan tersebut…..???? adakah perlu
SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA untuk menyiasat kes ini….????
 
2.      Pak Din, Guru Silat….setakat 10 orang FRU mengepungnya…agak mudah untuk Pak
Din menewaskanya…tapi Pak Din Akur dengan tugas FRU…dan dengan rela hati ia
mengikut FRU ke trak tahanan….tapi kenapa sampai 3 kali mata Pak Din perlu
disembur dengan gas…..???? apakah dia melawan atau ganas atau zalim pada
FRU….??? Apakah Pak Din sebagai orang tua dan matang serta bekas Pemandu seorang
Timbalan Menteri….terdiri dari bekas seorang penjenayah seperti Botak Chin atau
Bentong Kali…??? Kini kita masih menunggu jawapan rasmi dari pihak FRU dan SB
siapakah yang mengarahkan dan bertanggung-jawap menyemburkan gas dengan sengaja
kearah mata Pak Din sebanyak 3 kali….??? Adakah perlu SURUHANJAYA SIASATAN
DIRAJA untuk menyiasat kes ini….????
 
3.      Puan Nora…..memang masak dengan gelagat FRU dan SB…..tapi di Klang satu titik
hitam dalam hidupnya telah berlaku…..apa yang berlaku pada DSAI kini telah
dilakukan oleh pihak POLIS kepadanya….. dengan membogelkanya tanpa belas kasihan
serta didera dalam lokap….ibaratkan Puan Nora adalah seorang penjenayah
besar….???? Dan pihak POLIS tanpa rasa belas kasihan dan rela menghina seorang
wanita ISLAM didepan sesama ISLAM dan bukan ISLAM, betapa murahnya maruahnya
seorang ISLAM apabila berada dalam LOKAP POLIS….???? Apa perkataan Allah &
Muhamad di logo PASUKAN POLIS itu tidak difahami oleh pihak POLIS sendiri atau
manusia yang bernama POLIS ini yang buat-buat tak faham….???? Kita masih
menunggu jawapan rasmi dari pihak FRU dan SB siapakah yang mengarahkan dan
bertanggung-jawap keatas kes Puan Nora ini…??? Adakah perlu SURUHANJAYA SIASATAN
DIRAJA untuk menyiasat kes ini….????
 
4.        Penderaan dan seksaan keatas reformis sewaktu ditahan dan didalam
lokap…..???? dan kejadian melepaskan gas pemedih mata dengan sengaja kedalam
Black Maria dengan muatan 42 orang ( biasanya Black Maria ini selesa untuk 12
orang aje ) dengan pintu tertutup…..???? Bagaimana seorang YB Adun di
Terengganu…dihina dalam lokap POLIS….kerana apa ia perlu berada di Lebuh Raya
Kesas pada 5hb.Nov.2000….???…..dan bagaimana kezaliman dan keganasan POLIS pada
mereka ini…..yang patah…yang lebam….yang luka….yang buta….yang kabur….yang
dimalukan….yang dilekehkan…yang dihina dan sebagainya….??? Kita masih menunggu
jawapan rasmi dari pihak FRU dan SB siapakah yang mengarahkan dan
bertanggung-jawap keatas kes ini…??? Adakah perlu SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA
untuk menyiasat kes ini….????
 
Hari ini rakyat marhain menunggu dan terus menunggu jawapan rasmi dari JABATAN
POLIS mengenai isu 5hb.Nov.2000, sehingga hari ini POLIS sunyi dan sepi ibarat
dilanda GARUDA…dan unit FRU dan SB bagaikan hilang KETUA….?? Tak seperti biasa
POLIS akan mencanangkan keseluruh DUNIA keburukan REFORMIS jika berlaku sesuatu
pehimpunan…tapi 5hb.Nov.2000….menjadi luar biasa dan luar tabii pihak
POLIS….???? SUINYI dan KELAM….tapi DEWAN PARLIMEN pula menjadi kecoh dan gawat
mengenai isu POLIS ini….???? Apakah DEWAN PARLIMEN layak untuk mengadili mana
satu pihak yang benar dan mana satu pihak yang salah…..????. Apakah isu
keganasan dan kezaliman POLIS pada 5hb.Nov.2000 ada persamaan dengan isu
Penderaan DSAI di Bukit Aman….??? Apakah POLIS boleh melakukan sesuka hati
mereka mengikut nafsu serakah seorang Maharaja Tua Mahathir@Mahafiraun dan
juak-juaknya….???? Kita menunggu jawapanya……???? Kami bersedia menyediakan
100,000 saksi di Lebuh raya Kesas untuk dibawa ke mahkamah untuk membukti rakyat
marhain itu benar….!!!
 
Apakah POLIS hari ini dibayar gaji dan elaun serta kemudahan oleh Wang Parti
Patung Berhala UMNO@BN ….atau wang rakyat marhain yang membayarnya….inilah
dikatakan melepaskan anjing tersepit….??? Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin
Seri Wan Azizah, Mat Sabu, Datuk Fadil Nor dan lain-lain MP BA lakukan di
Parlimen…memperjuangkan hak POLIS dan TENTERA……adakah mereka ini memohon kepada
kerajaan UMNO@BN ….menghapuskan gaji dan elaun POLIS serta TENTERA……adakah
mereka memohon kepada kerajaan UMNO@BN menghapuskan kemudahan perumahan dan
kebajikan anggota POLIS dan TENTERA…..wal-hal mereka inilah yang
bersungguh-sungguh mempertahankan dan berhujah mengenai hak anggota POLIS dan
TENTERA serta keluarga mereka…..???? apakah tidak malukah kamu wahai ANGGOTA
POLIS……kepada MP BA ini……????? Inikah pembalasan kamu kepada rakyat marhain yang
menaruh kepercayaan kepada kamu untuk menjaga keselamatan orang awam serta harta
benda awam…….jangan jadi pagar makan padi……????
 
Kita rakyat marhain tidak mahu anggota POLIS menjadi seperti bekas KETUA MEREKA
(RAHIM NOR)….setelah dipaksa dan disiasat baru mahu mengaku…..????? Kita rakyat
marhain tidak mahu rakyat dan bangsa Malaysia bersikap seperti rakyat ARAB
menganggap POLIS MALAYSIA sebagai POLIS REJIM ISRAEL…….dimana rakyat marhain
akan menjadikan POLIS dan Keluarganya sebagai musuh rakyat marhain…..?????
apakah ini yang pihak POLIS mahukan…..???? Wahai semua anggota POLIS….kalian
perlu sedar Maharaja Tua Mahathir@Mahafiraun ….manusia yang pandai " Lontar Batu
Sorok Tangan " …..???? anda perlu ingat bagaimana RAHIM NOR terkial-kial
sendirian apabila terpaksa mengaku memukul DSAI…..???? begitu juga MUSA HITAM
terkial-kial menjawap kes MEMALI sendirian …..???? Begitu juga Sultan Johor
(sewaktu menjadi DYM DIPERTUAN AGUNG) terkial-kial mempertahankan kuasa
RAJA-RAJA MELAYU….??? Bagaimana GHAFAR BABA terkial-kial sendirian menyelamatkan
UMNO dari musnah apabila diharamkan….????? Bagaimana ANWAR IBRAHIM dihina dan
difitnah sebagai punca kemerosotan EKONOMI MALAYSIA…..????……apakah kalian mahu
Maharaja Tua Mahathir@Mahafiraun melepaskan diri atas segala arahanya kepada
anda semua…..???? tepuklah dada tanyalah selera…..?????.
 
Seluruh DUNIA memerhatikan MALAYSIA kini……sedikit kesilapan…..akan memungkinkan
MALAYSIA HANCUR untuk selama-lamanya……. Sebagai rakyat dan bangsa Malaysia dari
apa jua keturunan, pegangan Agama, apa jua jenis jawatan, apa jua peringkat
umur….. mungkin 22 juta rakyat dan bangsa Malaysia ini tidak mahu negara
tercinta ini musnah dan hancur…..tetapi segelintir orang yang mengaku rakya
Malaysia…..ia memang mahu MALAYSIA MUSNAH DAN HANCUR agar segala keburukan dan
kejahatan yang telah dilakukan di MALAYSIA INI akan hapus dan musnah serta tidak
akan didakwa dimahkamah dunia ini…..itulah hakikat yang sebenarnya…….????
 
Kita semua tahu siapakah orang-orang ini….yang tidak sanggup menghadapi hukuman
MAHKAMAH DUNIA, malahan menjejakkan kaki ke Mahkamah pun kecut
perut….????…….tapi mereka lupa akan HUKUMAN YANG BERAT DIMAHKAMAH AKHIRAT
NANTI……TANPA PENGUAMBELA YANG TERBAIK seperti di dunia …….????.
 
Kami rakyat marhain sekali lagi menyeru kepada semua ANGGOTA POLIS dan PEGAWAI
KESELAMATAN NEGARA…kembalilah anda semua kepangkal jalan…..renunglah sejenak
anak, isteri, suami, ibu-bapa anda….apa yang akan berlaku kepada mereka…..akibat
dari kejahilan dan kebodohan anda mengikut telunjuk Maharaja Tua
Mahathir@Mahafiraun yang memang telah menjadikan anda sebagai anjing
suruhanya…..!!!! Muhasabahlah diri kita semua….carilah jalan yang benar lagi
lurus……bersatu rakyat marhain dan PEGAWAI KESELAMATAN NEGARA….nescaya selamat
dan amanlah seluruh rakyat dan bangsa Malaysia dari ancaman musuh dalam dan luar
negara….Insya Allah.
 
Percayalah….renungilah kaum keluarga anda semua wahai ANGGOTA
KESELAMATAN…….didalam jiwa dan anak mata mereka ada
kebenaranya…..percayalah…selagi anda semua yakin AGAMA adalah asas
kehidupan…..tak akan lari anda dari landasan hidup yang sebenarnya….Insya
Allah….!!!! Biar kita kesal sekarang…..jangan kita menanggung sesal yang amat
perit dimasa akan datang……???? Sesungguhnya sesal sekarang pendapatan…..tapi
sesal dikemudian hari…kita adalah orang yang rugi……????
 
Tekadkan jiwa dan keyakinan diri….bahawa kita semua bekhidmat untuk AGAMA,
BANGSA DAN NEGARA……percayalah Allah s.w.t tidak akan mensia-siakan segala
pengorbanan dan perjuangan anggota keselamatan Malaysia.
 
Akhirnya…..kami rakyat marhain dan para reformis…..menyeru sekali lagi….jangan
diulangi kesilapan yang lalu…..kelak ia akan menjadi sesalan yang amat perit dan
menyeksakan…..walau menangis air mata darh sekalipun….masa yang lalu tak akan
dapat diulang lagi…..???? jangan tunggu nasi telah menjadi bubur……???? Jangan
ditunggu hujan dipetang hari…..???? nescaya anda akan menjadi manusia yang
sentiasa menanggung kerugian disepanjang hidup dam dialam barzah…??? Amin.
 
 
" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
14HB.NOV.2000
 
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL