KOMENTAR

20.11.2000 JAM 3.15 pm

Perbincangan masih lagi dijalankan. Wakil Komentar yang berada di sana sedang menunggu keputusan siapa yang bakal bertanding di Lunas. Wakil Komentar di Lunas memaklumkan bahawa Barisan Nasional telah menghantar lebih dari 2,000 petugas di sana. Barisan Alternatif juga telah mula berkampung di Lunas dan semua bilik jentera gerakan pilihanraya sedang aktif berkerja.

Kita menjangkakan tidak lama lagi keputusan siapa calon Lunas BArisan Alternatif akan di kemukakan.

Komentar