KOMENTAR

Berita Terkini

2.16am 20.11.2000

SIAPA CALON BA UNTUK LUNAS

Wakil Komentar di Lunas memaklumkan setakat 2.05 pagi tadi belum ada sebarang keputusan di buat mengenai Siapa Calon BA Untuk Lunas.

Dimaklumkan bahawa pengumuman mengenai siapa yang bakal menjadi calon Barisan Alternatif akan di umumkan pada pukul 12.00 tengahari ini.

Krisis mengenai siapa calon ini bermula setelah DAP pada saat terakhir menetapkan bahawa mereka tetap akan mempertahankan Lunas kerana Lunas pada keselaluannya dipunyai oleh DAP.

BN setakat ini di jangka akan memanipulasikan krisis ini bagi mengharapkan calon mereka akan memang dengan majority yang banyak.

Kehadiran wakil DAP termasuk Lim Kit Siang dan keADILan di Lunas pagi ini adalah untuk memastikan keputusan adil dibuat untuk melantik siapa yang bakal bertanding untuk Lunas. Ini menunjukkan bahawa dalam Barisan Alternatif wakil-wakil dari komponen mahu membuat keputusan seadil mungkin untuk meletakkan calon. Andai kekuatan Saifuddin Nasution jelas nampak di Lunas maka tidak mustahil beliau akan bertanding di Lunas.

Dari beberapa lapuran yang kami terima Saifuddin Nasution di geruni oleh kepimpinan UMNO sekiranya beliau dilantik menjadi calon di Lunas.

Berdasarkan ini Sdr Tien Chua tetap dengan keputusan mahu keADILan sebagai calon kerana beliau percaya keADILan dapat memberi saingan kepada BN.

Komentar akan melapurkan perkembangan terbaru sejurus mendapat keputusan siapa bakal calon BA.

 

Komentar