KOMENTAR

KHAS

12.06 pagi 20.11.2000

 

SIAPA CALON BA UNTUK LUNAS

 

Setakat jam 11.00 tadi Lim Kit Siang,Chong Eng, Ronnie Liew, Tien Chua, Ezam, Azmin Ali, Ruslan Kassim telah ke Lunas untuk menyaksikan sendiri jentera dan senario di Lunas sebelum keputusan siapa yang akan bertanding mewakil BA di Lunas.

BA masih belum dapat membuat keputusan samada DAP atau keADILan yang paling layak untuk menjana kejayaan di Lunas.

 

Di jangka lewat pagi ini keputusan siapa akan bertanding akan dapat kita perolehi. Komentar akan cuba mendapatkan maklumat terperinci dan terkini siapa wakil Barisan Alternatif untuk menjadi calon di Lunas.

 

Sdr Tien Chua yang membuat kejutan pagi tadi masih belum membuat sebarang keputusan untuk menarik balik keputusan meletak jawatan beliau.

 

Komentar percaya perkara perletakan jawatan Sdr Tien Chua akan dapat di atasi.

 

Apa pun kita dari pendokong Barisan Alternatif mengharapkan agar sokongan padu di beri tidak mengira calon asalkan mereka dari Barisan Alternatif. Barisan Nasional harus di tumpaskan.

 

Wakil Komentar yang berada disana akan memberi "update: terbaru setiap masa siapa yang di pilih mewakili BA nanti.

 

 

 

Komentar