BAGI MENJAWAB SOALAN MEDIA TEMPATAN

Komentar 12/4/2000

 

Datin Presiden Wan Azizah telah banyak dipersoalkan atas pandangan dan penglibatan Parti keADILan Nasional dalam agenda Black 14. Disamping itu juga kerajaan dan media sebok mencanang bahawa Agenda Black 14 adalah agenda Parti keADILan Nasional yang mahu membawa rakyat kepada budaya merusuh. Bagi menerangkan perkara ini izinkan Komentar bersuara sebagai individu dan sebagai rakyat Malaysia.

 

BLACK 14 adalah agenda rakyat , dilaksanakan oleh rakyat dalam menuntut hak rakyat bagi menjamin keadilan dan system demokrasi dilaksanakan dengan betul dan bukan dengan dilaksanakan dengan rakus  mengikut interpretasi beberapa kerat kepimpinan yang angkuh, tamak dan zalim.

 

Ini adalah program rakyat dan sebagai rakyat Malaysia kita punya hak untuk menyuarakan pandangan , pendapat dan kritikan terhadap pemerintah khususnya pemerintah yang telah sahih tidak demokratik dan zalim.

 

BLACK 14 dianjurkan oleh rakyat dan akan disertai oleh rakyat tidak kira ianya dari Parti Keadilan Nasional, PAS, DAP, PRM atau ahli Barisan Nasional sendiri yang mula nampak kerakusan pemerintah dalam memegang kuasa. Apa pun parti mereka adalah rakyat dan program ini program rakyat. Hanya beberapa kerat kepimpinan seperti Dr Maahthir dan kuncu-kuncunya yang menolak program rakyat ini kerana mungkin pada mereka rakyat Malaysia adalah hamba yang tidak ada hak dalam kehidupan ini.

 

JANGAN PERSOALKAN TENTANG SIAPA YANG MENGANJUR BLACK 14, PERSOALKAN KENAPA IANYA DIBUAT DAN MAHU DILAKSANAKAN.

 

Jesteru itu jawapannya mudah. Rakyat telah bosan dengan penipuan,kezaliman,ketidakadilan yang dilakukan oleh Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya.

 

Penyelesaiannya lagi mudah. Undur Mahathir Undur.

 

Komentar