Oleh Ummu Natasya

 

Kisah Shahrir Samad pula

 

TIDAK ramai yang tahu, tetapi inilah sebenarnya ‘kualiti’ beberapa orang Umno, yang ‘berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi’.

Dari beberapa mesyuarat MT Umno, orang yang paling kritikal kononnya, Shahrir Samad sudah menjadi tukang angguk paling dahsyat bila duduk di depan Presiden Umno, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Di luar, selama ini, orang Umno yang didakwa paling kuat mengkritik Dr. Mahathir ialah Shahrir. Dia berkempen untuk menang salah satu kerusi MT kononnya mahu menegur Dr. Mahathir dari dalam.

Bukan sedikit yang percaya akan kata-katanya ini. Ketua Umno Bahagian Johor Bahru ini terus bekerja kuat mencari pengaruh dan sokongan. Akhirnya, dia menang dan harapan penyokongnya, dialah bakal ‘hero’ dalam mesyuarat MT untuk menegur Dr. Mahathir.

Harapan hanya tinggal harapan. Shahrir menjadi ‘tukang angguk’ dan tidak celupar seperti ketika dia duduk di kaki lima dahulu. Dia menjadi pendiam dan penakut. Dia hanya berani ketika menjawab soalan wartawan majalah kononnya dialah yang paling berani dan dialah orang yang banyak idea dan mahu mengajak ahli-ahli Umno supaya tidak hanya bernostalgia.

Rakyat terbanyak perlu sedar, Shahrir masih ingin mencari peluang perniagaan. Bila dia duduk dalam MT, dia dapat dekat semula dengan Dr. Mahathir dan Tun Daim Zainuddin. Dia akan mengaut peluang perniagaan yang ada dan dalam masa yang sama, dia akan menceceh ke sana ke sini, kononnya dia membawa suara akar umbi, yang mahu menegur dan mengingatkan Dr. Mahathir.

Manusia bernama Shahrir Abd Samad ini sebenarnya saudara sepupu dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan saudara sepupu juga dengan Pondan Siam, Hishammuddin Hussein. Dia berlakon menjadi penyokong Abdullah Ahmad Badawi paling kuat kerana, pada kira-kiranya, jika Abdullah jadi Perdana Menteri, dia boleh terus ‘hidup’ dan jika Najib, dia juga boleh hidup.

Suaranya adalah suara ‘pondan’ yang tidak kemana-mana selain dari manusia oportunis dan kaki perempuan.

Shahrir mendabik dada kononnya dia menang kerana ‘sikap konsisten’ mengkritik Dr. Mahathir tetapi dalam masa yang sama, dia banyak dapat peluang berniaga daripada Abdul Ghani Othman yang menjadi Menteri Besar Johor.

Lihat anak buahnya, Khaled Nordin. Dia jadi Timbalan Menteri Kerja Raya tetapi perniagaan ‘kayu balaknya’ di Johor sudah disiasat BPR. Akhirnya, BPR akan melepaskannya begitu sahaja walaupun dia terlibat kerana BPR lebih suka menangkap ‘ikan bilis’ seperti budak-budak JPJ, anggota polis pangkat rendah dan budak-budak di Puspakom.

Lihat sahaja betapa besarnya “istana’ Khaled di Taman Suria, Johor Bahru tidak jauh dari rumah Bekas Ketua Umno Bahagian Labis, Bahari Haron. Dari mana Khaled dapat duit kalau tidak kerana ‘kayu balak’ yang Ghani Othman bagi kat dia.

Shahrir buat kacau, menyebabkan Ghani takut kat Shahrir. Satu jalan supaya Shahrir tidak ‘mengacau’ Ghani ialah dengan menolong ‘kawasan kayu balak’ kat Khaled. Shahrir dapat banyak juga projek termasuk kawasan-kawasan tepi Pantai Lido dan beberapa kawasan pembangunan di Johor Bahru.

Dah dia lihat Ghani tidak stabil di Johor, dia mula mencari peluang hidup di Kuala Lumpur pula.

Macam-maca cara dia buat kerja untuk popularkan dirinya sendiri dan dalam masa yang sama, bawa tempurung minta projek dengan Daim, Dr. Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib selain Hishammuddin.

Akhirnya, sebelum Umno tumbang dalam pilihan raya akan datang, Shahrir sudah buat kira-kira… “kita kaut dulu apa yang ada” dan peduli apa dengan Umno dan Dr. Mahathir.

Ahli-ahli Umno, khususnya perwakilan yang mengundinya dahulu termakan dengan ceritanya untuk menjadi pengkritik Dr. Mahathir harus tahu bahawa manusia bernama Shahrir Abd Samad ini adalah pelakon terbaik abad ini di Malaysia dan Tan Sri Musa Hitam seharusnya menganugerahkan dia oscar yang ditaja oleh SUHAKAM.

 

habis