KOMENTAR

 

13hb Ogos 2000

Salam Reformasi

 

KONVOI SG BULOH

 

Reformasi masih hidup. Keadaan di Sg Buloh menunjukkan bahawa kemarahan rakyat terhadap Dr Mahathir sudah sampai hadnya. Mahathir tidak mampu lagi memperbaiki keadaan. Keputusan Mahkamah baru-baru ini berhubung dengan kes liwat Sdr Anwar Ibrahim jelas nampak ianya percubaan menghina dan membunuh Sdr Anwar dari segi politik dan maruah. Ini satu pembunuhan yang hina. Lebih hina dari menembak mati sesaorang. Rakyat hadir pagi tadi diperkarangan Penjara Sg Buloh dengan laungan REFORMASI, nyanyian ALLAH SELAMATKAN KAMU dan BARISAN KITA. Kehadiran keluarga Sdr Anwar Ibrahim untuk melawat beliau diharap dapat  mengkabarkan kepada Anwar Ibrahim kebangkitan rakyat menuntut REFORMASI masih ada dan kebangkitan ini perlu diperkukuhkan agar matlamat perjuangan dapat tercapai.

 

Kita dapat lihat Ezam Mohd Noor, Lokman Noor Adam, Shaari Shuib dan Malik Hussien bergerak kehadap bagi menyemarakkan lagi gerakan reformasi rakyat. Hampir 350 buah kereta hadir untuk berkonvoi. Sg Buloh hari ini bangkit dengan REFORMASI.

 

Sungguhpun trak merah hadir mereka tetap melaungkan REFORMASI. Mereka bersurai setelah berjaya menunjukkan bahawa kita, pendokong reformasi masih bernyawa dan teguh menuntut reformasi. Kita bersurai bila ada unsur-unsur provokasi dari pihak tertentu.

 

Mahathir, UNDUR….!!!!