KOMENTAR

Komentar 1

19.05.2000

 

Sekali Lagi Komentar Bersuara…

 

Melayu, bila bicara,

Bunga dahulu sebelum cerita,

Bunga lantas  penuh makna,

Lihat jelas dan usah terlena.

 

Salam Reformasi,

 

Perjuang keadilan,

Penentang kezalimanan

Peneraju Parti keADILan Nasional,

Refomis dan pencinta Tanah Air ini,

 

Komentar sekali lagi menulis, moga tulisan kali ini dapat diertikan sebagai rayuan dan bukan kritikan. Mungkin rayuan akan lebih memberi kesan positif kepada kepimpinan tertingggi parti agar Parti dibawah kelolaan Sdr/i  ini terus – menerus memperolehi kekuatan agar yang diperjuangkan membuahkan hasil, agar kezaliman tunduk kepada kebenaran dan agar yang dizalimi, difitnah dipercepatkan pembelaan keatasnya.

 

Biarlah Parti Keadilan Nasional ini terus kukuh dan terus bertindak sebagai satu landasan buat menempuh tuntutan demokrasi bagi pilihanraya akan datang. Jangan kelak kita berhadap dengan kita sendiri semasa tuntutan demokrasi hadir pada 2004. Parti Reformasi Insaniah Malaysia tajaan P.Uthayakumar diibaratkan bagai satu mukadimah yang memberitahu kita bahawa kapal dokongan kita sudah mula menghadapi kebocoran biar baru satu tahun lebih dalam pelayaran politik.  Apakah disebalik tulisan ini ?

 

Awas, jangan serpihan ini terus-menerus belaku. Keretakan ini memungkinan percanggahan jalan perjuangan lantas percanggahan ini menyulitkan  jalan menuju kemenangan. jawatan..

 

Komentar sedar akan pergolakan diperingkat “grass root” dan juga diperingkat kepimpinan atasan. Apakah ianya harus dibiarkan dengan harapan ianya dapat dipulihkan dengan tersendirinya. Sekiranya benar lapuran Malaysia Kini maka pembongkaran kenyataan Timbalan Presiden Keadilan ini menunjukkan bahawa retak pertama dan tidak mustahil retak ini mampu mencacatkan perjuangan. Komentar kini berdepan dengan desas-desus kelahiran satu lagi kumpulan yang juga tertakluk dibawah kategori serpihan keADILan. Apakah kita harus terus memandang ringan perkara ini?. Apakah dengan kita berdiam maka parti ini dapat diselamatkan dari perpecahan yang semakin hari semakin kuat terdengar.

 

Komentar~ “Jangan biarkan serpihan keADILan bertambah kerana penambahan ini umpama tiris keutuhan parti dan timbul geseran sesama. Tindakan awalan perlu dan setidak-tidaknya satu bentuk kompromi harus dilakukan. Lantaran dari situ jangan pula kita meremehkan setiap ancaman. Kepimpinan yang dihormati, pembelaan UMNO terhadap Mahathir kini menjadi libiliti kepada mereka, jangan pula sampai kita bertindak serupa dengan mendukung libiliti serta mempertaruhkan perjuangan menuntut keadilan dan menentang kezaliman sebagai sandarannya. Kita tidak mahu mengikuti teladan sumbang UMNO