DENDA HANYA 1,000 SAHAJA

Bekas Menteri Besar Kedah Sanusi Junid mengaku bersalah kerana mencederakan dua orang pekerja KLIA. Dia didenda RM 1000 sahaja. Dia mengadu bahawa dua pekerja lambat membawa kerusi roda untuk makciknya yang baru tiba dari Singapura. Dia berasa marah mengenai kelewatan kerusi roda untuk makciknya yang mengadu kesakitan. Selepas itu dia tidak dapat menahan dan mengawal kemarahannya seperti Rahim ‘Bapa Anjing’ Noor dan terus mencederakan dua pekerja itu.

 

Adakah penjelasannya (mitigation) untuk meringankan hukuman boleh diterima? Adakah dua pekerja perlu dipukul kerana lambat membawa kerusi roda. Memang benar, dua orang pekerja perlu disalahkan kerana tidak cekap menjalankan tugas tetapi tiada sebab Sanusi Junid harus mencederakan pekerja KLIA. Kalau setakat nak marah dan tegur orang kerana tidak menjalankan tugas dengan baik dengan bertujuan untuk memberi kesedaran tidak apa tetapi perbuatan mencederakan orang adalah melampau.

 

Sebagai seorang kenamaan (Very Idiotic Person), dia harus mengawal pelakuannya dan tidak boleh bertindak sebarangan. Sebagai seorang kenamaan tidak bermakna dia boleh melakukan sesuka hati. Dia harus mengawal perasaan dan kemarahannya. Bagaimanakah dia hendak memberi teladan dan contoh kepada rakyat? Bukan dia seorang sahaja malah semua YAB dan orang kenamaan harus belajar dari peristiwa ini.

 

Saya bukan nak mempersoalkan mengenai jumlah denda iaitu RM 1000 yang dikenakan keatas bekas Menteri Besar tapi saya rasa tindakan mencederakan pekerja KLIA adalah serius lebih-lebih lagi melibatkan orang kenamaan. Saya berpendapat jumlah denda adalah terlalu sedikit dan Sanusi Junid harus dikenakan denda yang lebih berat.

 

Apa yang saya telah katakan Sanusi Junid bukan rakyat biasa dan harus memberi contoh kepada rakyat. Dengan mengenakan denda yang lebih berat, ia akan membendung kejadian ini berlaku lagi yang melibatkan orang kenamaan. Mungkin kes ini akan dijadikan kes rujukan pada masa hadapan. Malangnya kes ini merupakan bad precedent di mana mungkin ada YAB dan orang kenamaan tidak serik dan belajar mengenai kejadian ini

Saya bukan nak menghasut, andai kata kes cederakan orang berlaku lagi dan mereka didapati bersalah. Seperti biasa apa yang perlu buat ialah bayar denda yang sedikit sahaja. Duit denda itu bukannya dari kocek sendiri tapi duit rakyat yang punya. Mahkamah harus melindungi dan menjaga kepentingan rakyat biasa. Walaupun kejadian mencederakan orang yang melibatkan orang kenamaan adalah kurang tetapi mahkamah perlu memikirkan hal ini bagaimana mahu menghalang kejadian ini berlaku lagi.

 

Double Sadness