2 LAGI MELAPUR DIRI KE POLIS

Komentar 17/042000

 

Dimaklumkan kepada Komentar Sdr Zahid Mat Arip dan Sanusi Abdullah telah melapurkan diri di Dang Wangi Kuala Lumpur pada jam 11.35 pagi tadi. Setelah penangkapan Ruslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Sdr Gobalankrisnan, Sdr Tien Chua dan penyerahan diri Sdr Zahid dan Sdr Sanusi hanya tinggal Lokman Noor Adam sahaja yang masih belum ditangkap. Komentar di fahamkan bahawa Polis masih lagi menjalankan siasatan dan berkemungkinan akan menahan lebih ramai lagi anggota reformasi. Setakat ini hampir 57 orang telah di tahan menurut senarai tidak resmi. Ini adalah langkah menyapu bersih semua reformis oleh kerajaan kita dengan bantuan PDrM. Tindakan ini lebih kepada memuaskan hati Mahathir dan untuk Abdullah Badawi menunjukkan kesetiaanya pada Mahathir.

 

Komentar