Mahathir perancang ketegangan kaum!!!

Apabila Mahathir menyatakan ada apa-apa maka sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku. Begitulah sebaliknya apabila Mahathir menyatakan tidak ada apa-apa maka yang sebenarnya ada apa-apa yang berlaku.

Jadi apabila kerajaan menafikan wujud ketegangan kaum, maksudnya memang wujud ketegangan kaum. Tetapi ketegangan kaum itu telah dirancang secara sistematik oleh Mahathir dan anjing setianya-Special Branch.

Ketegangan kaum yang berpunca daripada pergaduhan antara kaum Melayu dan India di Kampung Medan/ Kampung Lindungan hari ini sebenarnya telah dirancang oleh Mahathir.

Memang benar bahawa apa yang terjadi pada majlis perkahwinan dan majlis kematian 4 Mac tempohari adalah berupa perselisihan faham yang tidak dapat terelakkan.

Tetapi apa yang terjadi seterusnya memang dirancang oleh Mahathir untuk mencapai cita-cita jahatnya.

Jadi apakah tujuan perancangan jahat ini:

1.Mengekalkan kekuasaan yang semakin tergugat Jelas Mahathir kini telah semakin tergugat. Jadi cara yang terbaik untuk menyelamatkan kerusi diktatornya ialah dengan merancang pergaduhan antara kaum ala 13 Mei. Untuk mengadu dombakan etnik melayu dan cina memang agak susah. Apatah lagi dengan keutuhan kesatuan yang semakin membesar antara etnik melayu dan cina dalam gerakan reformasi. Jadi berdasarkan polisi pecah perintah BN maka lebih mudah mendorong rusuhan kaum antara etnik melayu dan india.

Untuk rejim zalim, korup dan kejam (Mahathirdan BN) mengorbankan nyawa rakyat tidak bererti apa-apa. Cuba bayangkan bahawa maruah manusia seperti Dato Seri Anwar pun dengan mudah diperlekehkan ini pula nyawa rakyat kecil yang tidak bermakna apa-apa. Dalam keadaan terdesak seperti ini, yang paling penting adalah menyelamatkan kedudukan, kekuasaan dan kekayaan rejim Mahathir.

2. Penyatuan Melayu Mahathir sememangnya tidak lagi punya kepercayaan dari rakyat terhadap apa-apa sahaja yang ingin dilakukannya. Agenda penyatuan Melayu yang dirancangnya ditolak oleh rakyat yang cintakan penyatuan nasioal keseluruhan kaum. Meski PAS cuba ditarik kedalam perangkap perkauman, ia tetap menemui kegagalan kerana PAS jelas menolak dasar sempit perkauman. Untuk PAS penyatuan adalah berdasarkan prinsip keadilan, kebenaran dan menentang kezaliman.

Jadi dengan peristiwa yang terjadi itu, ditambah lagi dengan keberkesanan perang psikologi yang dikendalikan oleh Special Branch maka sentimen perkauman Melayu akan dapat dibangkitkan. Kita dapat lihat dalam beberapa hari lepas ini, khabar angin dengan cepat tersebar dan ini memang dilakukan oleh Special Branch dibawah perancangan Mahathir.

3. Melupakan agenda menumbangkan Mahathir Apabila diwujudkan sentimen ketegangan kaum maka rakyat akan terlupa agenda nombor satu di Malaysia hari ini; iaitu menumbangkan mahafiraun zalim-Mahathir mohamad.

Jelas Mahathir sudah kelam kabut dengan arus gelombang kebangkitan rakyat, melalui jalanraya terutamanya. Mahafiraun tahu walaupun Ezam ditangkap tetapi kemarahan rakyat terhadap Mahafiraun tidak dapat disekat-sekat lagi.

Apatah lagi menjelang sambutan tahunan demonstrasi Black 14 yang semakin hampir ini. Jadi cara terbaik untuk menggagalkan Black 14 dan gerakan reformasi melalui jalanraya ialah dengan merancang keadaan tidak stabil seumpama ini.

Peranan Special Branch:

- Special Branch berperanan merancang modus operandi ketegangan kaum yang berlaku. - Special Branch seperti juga dalam demonstrasi berperanan sebagai provokator dan penyebar khabar angin. Mereka menghasut dan menyebarkan khabar angin tentang ketegangan kaum. Malahan ada juga yang turut bertindak bergaduh dan membunuh. Kesemua ini dibuat dengan satu matlamat iaitu mempertahankan dewa SB iaitu diktator gila Mahathir.

Polis jadi patung cendana: - Menurut sumber sahih dari tempat tercetusnya pergaduhan iaitu di kawasan Kg. Medan dan Kg. Lindungan, polis tidak berbuat apa-apa. Polis hanya melepak di warung dan pondok bas. Mereka membiarkan orang-orang awam yang dirasuk sentimen perkauman bersenjata ke hulu ke hilir dengan parang, pedang, kayu hoki dan benda-benda berbahaya. Tidak ada satupun alat-alat/ senjata berbahaya ini yang dirampas. - Suasana sebegini memang dibiarkan atas arahan Special Branch untuk menjadikan suasana kelihatan tegang dan tidak aman. - Malahan ramai juga SB yang sudah masuk bersama-sama rakyat yang terpengaruh dengan hasutan untuk menegangkan lagi keadaan.

Ketegangan kaum terancang ini perlu dihetikan. Kita perlu menyelamatkan ramai lagi rakyat tak berdosa daripada menjadi mangsa percaturan Mahathir yang mahu menjadi diktator sampai mati itu.

Jadi sebagai rakyat yang cintakan kebenaran, keadilan dan perdamaian; apakah yang boleh kita lakukan ?

1. Jangan percaya kepada khabar angin. Jika dapat khabar angin cepat-cepat kita hentikan. Jangan jadi penyebar khabar angin. Ini merbahaya.

2. Sebarkan kepada kawan-kawan tentang perancangan jahat Mahafiraun mahathir ini. Agar jelas tujuan, sebab-sebab dan akibat ketegangan kaum yang sedang wujud hari ini.

3. Lawan Tetap Lawan. Ingatlah bahawa yang paling ditakutkan oleh pemerintah zalim adalah kesatuan rakyat untuk melawan penindasan. Apatah lagi dalam konteks Malaysia kita telah berjaya membentuk perpaduan kaum untuk menentang rejim zalim Mahathir. Jadi kita perlu terus bersungguh-sungguh berjuang untuk menumbangkan diktator tua (nyanyuk) Mahathir.