PKN TANPA SENTUHAN ANWAR IBRAHIM

Kritikan membina ,usahakan kejatuhan Barisan Nasional

 

Benarkan PKN masih memerlukan sentuhan Anwar Ibrahim? Setakat ini PKN dikatakan tidak dapat mengemaskinikan mekanisma pentadbiran mereka. PKN telah masuk 2 minggu penubuhan dan jentera PKN masih tidak kelihatan secara fizikal dan menyeluruh. Kita dapat melihat keberkesanan jentera pengerak PAS yang lebih "moderate" tetapi menyeluruh. Ini menunjukkan "maturity" PAS dalam politik . PKN mengambil "approach" berbeza dalam menjalankan jentera parti. PKN lebih mahu menunjukkan sikap elit dalam penubuhan mereka tetapi apa yang jelas berlaku ialah penunjulan yang tidak "humble". Sentuhan Sdr Anwar Ibrahim sebagai pemimpin rakyat ditunjukan oleh sesetengah pemimpin dalam PKN tetapi malang hala tuju angin UMNO masih terasa di sesetengah pemimpin bahagian. Tidak saya nafikan bahawa ahli dan kakitangan di PKN pusat lebih "moderate" lebih "humble" dan kelihatan pada demonstrasi 14 April 1999. Tahniah kepada mereka yang boleh dianggap sebagai penyambung cara dan bentuk kepimpinan Sdr Anwar. Ini amat saya kagumi.

Berbalik pula kepada mekanisma diperingkat bahagian khususnya, melangkah masuk bertemu mereka seolah olah bertemu dengan menteri kabinet kerajaan memerintah sekarang ini. Kehadiran disana lebih membawa saya menyingkap kehadiran saya menyertai mesyuarat UMNO Ampang Jaya. Ia seakan pekerja menemui ketuanya. Beberapa penerangan mereka juga tidak menjelaskan pembentukan mekanisma yang konkrit malah terasa seakan mereka cuma mahukan pekerja tanpa meneliti kepentingan kehadiran mereka atau sokongan yang telah diberi. Saya bukan mahu satu jemputan khas dengan kompang dan rebana ubi, apa yang diperlukan cukup dengan keselesaan senyuman dan sedikit pembakar semangat untuk PKN secara keseluruhan. Perjuangan bukan tertakluk kepada bahagian sahaja tetapi perjuangan harus menyeluruh. Kehadiran PKN seperti yang saya baca dalam laman laman reformasi khususnya seperti ini meletakkan PKN sebagai parti rakyat tajaan rakyat Malaysia yang inginkan keadilan untuk Anwar khusus dan Malaysia keseluruhan amnya. Sdr Anwar Ibrahim dengan karismanya jelas meletakkan rakyat melebihi segala galanya dalam perjuangan tetapi kehadiran saya di salah satu mesyuarakt bahagian cuma mengessa sokongan kepada bahagian dan ketidak teraturan sistem jelas wujud. Saya sedar PKN baru tetapi kehadiran kalangan mereka yang hanya mahukan sesuatu dari saya tanpa memperdulikan penerangan dan hala tuju perjuangan meletakkan pentadbiran bahagian hambar dan tidak sepadu harapan. Saya terasa PKN kekurangan sentuhan Sdr Anwar Ibrahim.