Salam Reformasi,

 

Benarkah senario rampasan senjata itu sudah berakhir atau ada maklumat-maklumat penting yang disorokkan dari rakyat. Setakat ini tidak ada satu senjata yang dicuri diberitakan diperolehi kembali. Komentar meneliti semua lapuran media Mahathir tetapi malang tidak ada satu lapuran pun yang menyebut bahawa senjata itu telah diperolehi kembali.

 

Apa yang Komentar terima ialah senjata-senjata yang dicuri itu melebihi dari jumlah yang dimaklumkan kepada rakyat. Begitu juga peluru yang diambil. Jumlahnya hampir beratus kali ganda dari yang dimaklumkan. Rakyat terus diminta meneka dan penekaan akan pula dijadikan isu sebagai penyebar kabar angin.

 

Komentar menggesa agar Datuk Najib memaklumkan jumlah senjata sebenar yang telah dilarikan oleh mereka. Komentar menggesa Datuk Najib jangan menyorokkan motif sebenar mereka.

 

Secara logiknya mereka tidak perlu menyerah diri. Penyerahan diri akan hanya bermakna mereka akan berhadapan dengan tali gantung. Mereka telah bersedia untuk mati dalam menegakkan apa yang mereka rasa benar.

 

Komentar percaya pelbagai rahsia disebalik rampasan senjata ini masih ditutup oleh Polis. Komentar dari sumber-sumber yang diperolehi memaklumkan bahawa senjata-senjata yang dirampas melebihi dari jumlah yang di maklumkan oleh Polis dan senjata-senjata ini masih berada dibawah kawalan mereka yang tidak menyerah diri. Polis sekarang ghairah menangkap beberapa ahli pertubuhan silat dibawah akta ISA. Percayalah ini juga akan dijadikan alasan untuk menahan beberapa kepimpinan keADILan dan PAS dan tuduhan mereka cuba menggangu keselamatan negara akan dibuat.

 

Jangan menipu rakyat. Beritakan dengan jujur dan penuh tanggung jawab.

 

Komentar