Salam Reformasi,
RAKYAT JADI NUJUM
Krisis rampasan senjata kini dilapurkan telah
tamat. Dimaklumkan oleh Media Mahathir bahawa kesemua yang terlibat telah
menyerahkan diri masing-masing. Apa yang tidak dilapurkan ialah samada senjata
mereka telah diperolehi semula atau tidak. Banyak tanda-tanya yang bermain di
minda kita terhadap kes rampasan senjata ini. Pelbagai teori di rumus oleh
kita. Komentar percaya bahawa Kerajaan sendiri tidak mengetahui dengan tepat
apakah motif mereka yang menyerah diri tersebut. Mereka telah pun membunuh 2
Unit Khas Polis dan mereka seakan pasti akan dijatuhkan hukuman mati. Apakah
yang tersirat dan tersurat dalam kes ini. Rumusan masih lagi kabur sungguhpun
mereka telah menyerah diri. Rakyat kini menjadi nujum meneka apakah sebenarnya
senario ini ada kena mengena dengan kebangkitan rakyat. Apa pun kita tunggu
lagi berita separa benar dari arus Perdana.