KOMENTAR

 

03.10.2000

Salam Reformasi

 

POLITIK MALAYSIA TIDAK AKAN SELESAI ANDAI UMNO SENDIRI BUTA KEPADA PERBUATAN ZALIM MAHATHIR.

 

Senario kegelisahan politik Malaysia tidak akan dapat di selesaikan selagi UMNO buta kepada kepincangan yang telah dilakukan oleh Mahathir dan kroni-kroninya. Mahathir sudah tidak dapat diterima rakyat Malaysia lagi. Taburlah segala kemewahan dan segala dahyah bahawa sekiranya Melayu berpecah maka kita akan di tindas oleh bangsa lain, sentimen Melayu harus bersatu melawan penjajah alaf baru ( penjenayah mata wang) dan segala bentuk ketakutan ia tidak akan dapat merubah senario politik kala ini. Senario pergeseran politik antara melayu ini mungkin nampak tidak menyeluruh pada waktu ini tetapi senario menolak UMNO akan kembali semula sebaik sahaja negara akan menghadapi piliharaya ke 11 nanti. Rakyat sudah mengerti dan ramai sudah faham bahawa perlakuan Mahathir keatas Anwar Ibrahim adalah satu perlakuaan yang kejam yang belum pernah di buat oleh mana-mana kepimpinan sebelum ini. Melayu kini terdedah akan budaya kronisma, nepotisma dan korupsi UMNO khususnya Mahathir, keluarga tamaknya dan kroni bangsatnya.

 

Tidak ada satu formula yang akan dapat dimainkan oleh UMNO lagi bagi melenyapkan isu kezaliman keatas Anwar Ibrahim kerana kami akan terus menerus menyedarkan rakyat akan kekejaman, kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh Mahathir dan disokong oleh UMNO keatasnya.

 

UMNO perlu sedar bahawa yang mereka dukung adalah seekor biawak hidup. Mahathir akan terus membenamkan UMNO dan Melayu akan kembali bersatu atas wadah politik lain. UMNO akan terus berkubur kerana Mahathir.

 

HUKUM MAHATHIR

BEBASKAN ANWAR