KOMENTAR

 

Salam Reformasi,

 

DIMANA LETAK KEBENARAN SEBENARNYA

 

Surat Marina Yusoff menjadi isu utama ketegangan krisis kepimpinan dalam keADILan antara Marina Yusoff dengan Chandra Muzaffar. Malaysia Kini telah memulakan langkah mempamer surat Marina yang telah mengariskan beberapa kepincangan dalam corak kepimpinan Chandra Muzaffar. Klik sini untuk membaca surat Marina. Chandra kemudiannya telah mengklasifikasikan intipati surat tersebut sebagai palsu, satu pembohongan dan penipuan. (Surat Pembelaan Chandra )

 

Hari ini kita melihat pula satu surat dari Marina yang mengatakan bahawa Chandra terpaksa berdalih kerana mahu terus memegang jawatan Timbalan Presiden. (Surat Marina 2). 

 

Persoalannya ialah dimana kebenaran balas-membalas tuduhan tersebut.

 

Anuar Tahir dalam kenyataanya membela Chandra Muzaffar dengan mengatakan bahawa Chandra tidak sekali-kali pernah berlaku keras keatas Presiden keADILan.

 

Wan Azizah dalam kenyataannya pula mengatakan bahawa Chandra tidak membalingkan fail kepadanya tetapi meletakkan fail keatas meja dengan agak kuat. (Lapuran Malaysia Kini)

 

Chandra dalam surat terakhirnya mengatakan apabila dia mengetahui bahawa Datin Presdien menangis akibat tekanan maka beliau segera memohon maaf.

 

Walau apa pun senario mereka sesuatu yang pasti ialah Laman Pro Reformasi yang terbabit dalam Kempen Bertafakur sudah mengetahui senario sebenar keADILan bermula pada tahun Disember 1999 lagi. Tindakan Komentar mengkritik situasi ini ialah agar ia segera di baiki sebelum keadaan menjadi lebih tegang. KeADILan tahu akan masalah ini tetapi kelewatan mereka menangani senario ini  dan hanya menyimpan pekong ini mengibaratkan perkara ini seperti bom jangka yang suatu masa nanti akan meletup juga.

 

Komentar menasihatkan kepimpinan yang masih ada dan tahu akan senario sebenarnya supaya mengambil langkah yang bersesuaian agar keadaan ini diperbaiki dari hanya terus membiarkan ia melarat.

 

Jangan asyik menjaga maruah parti lantas perjuangan itu terketepi.

 

Komentar