PILIHANRAYA LUNAS

LAPURAN TERKINI UNIT PSARAFHQ.

KAMI DARI PSARAFHQ DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PEJUANG
KEADILAN DAN TAHAN POLITIK REFORMASI (TPR) YANG SANGGUP BERSAMA SDR. SAIFUDDIN
NASUTION DI LUNAS.

Hari ini 28hb.Nov.2000, tidak sampai 24 jam lagi rakyat dan bangsa Malaysia di
LUNAS akan melunaskan satu tanggung-jawap yang amat besar bagi seluruh 23 juta
rakyat Malaysia… inilah senario yang berlaku hari ini….harapan 23 juta rakyat
Malaysia kini tertumpu kepada 26,000 pengundi di LUNAS…. Tangan dan otak
merekalah yang menentukan sama ada BARISAN NASIONAL MASIH RELEVEN ATAU
DIKUBURKAN TERUS DARI BUMI MALAYSIA INI.

1.	Sehingga pagi ini maklumat yang kami terima…. ( Untuk tindakkan semua Ketua
Peti Undi BA ) Pihak BN dan SPR akan melakukan proses penukaran peti undi
sewaktu berbuka puasa dan solat magrib …dimana waktu ini kurang tumpuan dan
kelalaian akan berlaku…terutamanya peti undi Taman Selaseh dan Taman Mewah
begitu juga peti undi yang pengundinya ramai kaum Cina.

2.	Unit PSARAFHQ juga dapat mengesan beberapa kumpulan yang tidak dikenali
sentiasa berada dikawasan dan bangunan tempat mengundi……kita masih
menyelidiki…apakah tujuan mereka berada dipusat mengundi seawal ini…sedangkan
hari mengundi besok….???? Kami juga berpendapat kumpulan ini cuba menyediakan
satu kejutan atau usur menakutkan kepada pengundi besok…dijangkakan banyak pusat
mengundi tegang…dan diwaktu ini kumpulan yang tidak dikenali ini akan melakukan
sesuatu luar jangkaan dan ini akan menyebabkan pengundi takut dan kacau bilau
berlaku…inilah harapan UMNO@BN kini…dengan harapan peratusan keluar mengundi
dapat dikurangkan…. UMNO@BN memang berharap 40% sehingga 50% sehaja pengundi
yang akan keluar untuk mengundi….dengan ini mereka mempunyai peluang memasukkan
kertas undi  hantu untuk mengantikan pengundi yang tidak hadir ini….!!!!.

3.	Semua pengundi hantu kini telah mula diagih-agihkan tempat mengundi…mereka
ini bergerak sebagai perayu undi atau jentera parti UMNO@BN …. Sehingga hari ini
maklumat yang diterima 2000 orang senarai pengundi yang lepas telah hilang dari
tempat asal mereka…. Pihak SPR kini dalam proses memindahkan lebih ramai
pengundi LUNAS … dan satu senarai baru akan di edarkan disemua pusat mengundi
besok…yang akan menyebabkan ramai pengundi asal tiada dalam senarai…. Tindakkan
ini dilakukan oleh SPR kerana BN dalam keadaan amat goncang di LUNAS….sehingga
semua jenteranya kini kaku dan kelu…walaupun di Sg.Limau , Canopy mereka
seolah-olah berada di Padang Arafah.

4.	Pihak UMNO@BN kini terus membuat provokasi untuk menunjukkan BA dalam keadaan
perpecahan … sehingga Presiden seumur hidup Mahathir@Mahafiraun  terpaksa
mengeluarkan kenyataan bahawa CINA adalah EXTRIMIS dan golongan tidak mengenang 
budi…kerana UMNO@BN telah menolong mereka sewaktu gawat….kini sikap buruk siku
dan perkauman kini makin diapikan oleh Mahathir@Mahafiraun di LUNAS….perbuatan
ini sama pada PERISTIWA 13hb.Mei.1969… kalau pada sebelum Pilahanraya umum yang
lalu, Mahathir@Mahafiraun menakut-nakutkan orang CINA akan berulang peristiwa
13hb.Mei.1969…..tetapi semalam Mahathir@Mahafiraun secara terang dan lantang
mahu tragedi 13hb.Mei.1969 ini berulang … dengan menghina kaum CINA sebagai
PELAMPAU …. Mahathir@Mahafiraun amat berharap kaum CINA bangkit merusuh dan
mengkucar-kacirkan negara…itulah harapan Mahathir@Mahafiraun 
sebenarnya….apabila ia melihat  Seluruh Pengundi CINA di LUNAS secara terbuka
menyokong seorang ANAK MELAYU YANG MAHUKAN MALAYSIA LEBIH TELUS DAN ADIL,
tamparan hebat ini telah menunjukkan Mahathir@Mahafiraun telah merasakan
saat-saat yang takutinya selama ini semakin hampir… biar mengalir darah rakyat
dan bangsa Malaysia sekalipun … Mahathir@Mahafiraun rela lakukan asalkan dia dan
juak-juaknya selamat dari saat yang menakutkan itu.

5.	Apa yang berlaku di LUNAS kini benar-benar menakutkan UMNO@BN …. Kerana moral
petugas mereka mula menurun… terutamanya dari MCA@BN dan GERAKAN@BN apabila
penghinaan Mahathir@Mahafiraun terhadap kaum CINA semalam ….!!! Kini kaum CINA
perlu sedar … bahawa Mahathir@Mahafiraun hanya akan memuji kaum CINA apabila dia
merasakan dia boleh mengunakan dan mendapat laba dari kaum CINA … ingat
bagaimana ia boleh berkata pada perhimpunan MCA@BN yang lepas… PERDANA MENTERI
MALAYSIA PADA MASA AKN DATANG ADALAH ORANG CINA….. begitu berani
Mahathir@Mahafiraun menawarkan jawatan yang mustahil bagi kaum CINA ….. ????
kini sandiwara politik dan politik airmata Mahathir@Mahafiraun tidak laku lagi
bagi KAUM CINA …. Bagi mereka Mahathir@Mahafiraun sebenarnya membenci semua
bangsa dan rakyat Malaysia…. Kini teman-teman dari MCA / GERAKAN / DAP telah
sepakat memberi undi kepada Sdr. Saifuddin (Calon KeADILan  ) untuk membuktikan
selama ini orang CINA mampu hidup dan bermasyarakat dengan lain-lain kaum…
begitu juga kaum CINA sanggup berkongsi ekonomi dengan lain kaum untuk
menghasilkan Malaysia Yang Maju berasaskan Masyarakat Madani…… kini kaum CINA di
LUNAS telah bertekad …. Akan menjadi suara rasmi kepada seluruh kaum CINA di
Malaysia … bahawa orang bernama Mahathir@mahafiraun dan UMNO@BN  adalah musuh
utama kaum CINA kini …. Mereka ini ibarat ANJING TERSEPIT …. Apabila telah
dilepaskan…. Ia kan mengigit kita kembali …. Inilah kedudukkan
Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya ….. dan mana-mana kaum CINA yang masih
bersekedudukan dengan UMNO@BN serta Presiden adalah " PENDERHAKA KEPADA RAKYAT
MALAYSIA " …..begitulah tarafnya seorang Perdana Menteri Malaysia kini.

6.	Kita melihat pada malam tadi sewaktu solat tarawih disemua Surau & Masjid di
LUNAS … siapakah para jamaahnya dan imamnya ….. majoritinya yang hadir solat
tarawih malam tadi … adalah orang dari BARISAN ALTERNATIF ….. tapi kemana pulak
puak-puak UMNO@BN serta rakan yang sewaktu denganya …. Rupa-rupanya mereka
kekenyangan diwaktu berbuka puasa .. sehingga tak larat nak kesurau atau
kemasjid untuk berjamaah, kerana makanan dan minuman amat mewah di bilik gerakan
BN melempah ruah…pasal memang tak de orang nak makan…kerana ramai petugasnya dah
cabut.

7.	Sehingga sekarang Jentera Pilihanraya Barisan Nasional menjadi kelam dan
kabur apabila kaum CINA terang-terang menyokong Barisan Alternatif …… walaupun
bermacam-macam program dan jamuan diadakan di LUNAS kamu CINA LUNAS lebih rela
bertemu Sdr. Saifuddin dan mendengar ceramah kelompok BA…. Sehingga hari ini
mood pengundi LUNAS memang berada disebelah BARISAN ALTERNATIF….mood ini
dijangka semakin meningkat dan merebak keseluruh Bandar KULIM dan LUNAS
menjelang malam ini…. Dengan waktu tidak sampai 24 jam ini ….. pihak BN dalam
keadaan tertekan … kita amat berharap satu perkara yang boleh menyebabkan
seluruh jentera BN lumpuh pada petang ini juga …. Kerana kita dapat merasakan
isu semasa telah menyebabkan jentera BN mula mengundurkan diri dari LUNAS ….???

8.	Kami juga dapat mengesan semakin banyak perbuatan rasuah dilakukan oleh pihak
BN untuk mendapatkan undi…..beratus hamper dan hadiah ditaburkan dikawasan
perumahan di LUNAS …. Kalau Dr.Noraesah, orang kuat Bank Pertanian mampu
mengunakan wang BANK sebanyajk RM 40,000.00 apakah lain individu tajaan UMNO@BN
tidak mampu RM ! RM ! RM ! berikan kepada BARISAN NASIONAL di LUNAS ini..Apa
yang didedahkan selama 1 minggu ini telah cukup membuktikan amalan rasuah adalah
budaya UMNO@BN serta Barisan Nasional … " RASUAH ADALAH BUDAYA RASMI UMNO@BN " …
kita lihat dimana-mana pilihanraya  umum dan kecil … UMNO@BN pasti akan
melaksanakan projek mengejut dan majlis pecah tanah… ini lah budaya BARISAN
NASIONAL dulu kini dan selamanya. Dan rasuah undi telah berleluasan di LUNAS
kini …. Boleh dikatakan setiap 1000 pengundi yang berdaftar …. 5% sehingga 10%
telah menerima rasuah dari UMNO@BN serta juak-juaknya sewaktu berkempen ini….
Tetapi itulah hak rakyat yang cuba mereka gunakan sebagai usaha memancing undi
…. Den mengaku ia milik UMNO@BN .

9.	Sehingga hari ini telah jutaan ringgit ditaburkan di LUNAS …. Rasanya tak
mampu Sdr. Saifuddin berikan kepada pengundi LUNAS jika ia menang pun ….. tetapi
perkara disebaliknya telah berlaku … PENGUNDI LUNAS KINI BUKANNYA MATA DUITAN
DAN MAHU KAN PEMBANGUNAN YANG MERAPU …. Kini minda dan anjakan paradigma
Pengundi LUNAS untuk menerima politik alaf baru telah terserlah …..!!!! tanpa
wang dan kuasa yang rakus …. Pengundi sendiri mampu menentukan siapakah calon
pemimpin yang layak menjadi YB Dun LUNAS …. Dalam tempoh 1 minggu orang LUNAS
kenal benar siapa dia UMNO@BN dan juak-juaknya….. tak habis-habis menipu dan
memperbodohkan rakyat marhaen dengan janji palsu dan perkauman serta menolak
Islam.

10.	Sehingga saat artikel ini ditulis …. Pihak bilik gerakan masih mengumpul
maklumat  terkini di LUNAS …. Pihak kami akan cuba memaklumkan pelayar laman web
dari masa ke semasa dalam tempoh 48 jam ini…!!!

11.	Kepada yang mempunyai maklumat terkini boleh berhubung terus kepada laman
web rasmi kami Dun LUNAS.


PSARAFHQ (28/11/2000)



REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL