PILIHARAYA LUNAS

LAPURAN TERKINI UNIT PSARAFHQ

PERTAMANYA KAMI DARI PSARAFHQ DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA
SEMUA PEJUANG DAN TAHANAN POLITIK REFORMASI YANG SANGGUP BERSAMA SDR. SAIFUDDIN
NASUTION DI LUNAS.

SERUAN DAN RAYUAN KEPADA SUKARELAWAN YANG AKAN KE LUNAS

Mengikut analisa pihak PSARAFHQ dan teman-teman pro-alternatif….besok
28hb.Nov.2000 ramai penyokong dan pendokong keADILan akan ke LUNAS untuk
menghulurkan bantuan disana…dan terima kasih kami kepada anda semua yang
bersedia berjuang demi merealisasikan MALAYSIA YANG ADIL….!!! Walau bagaimanapun
beberapa permohonan dari kami dan jentera pilihanraya LUNAS.

Berikut beberapa permohonan kami sebelum anda ke LUNAS :-

1.	Sila bawa sebanyak mungkin bahan seperti bendera KeADILan, T'Shirt KeADILan,
Topi KeADILan atau apa sehaja bahan yang berlogokan KeADILan untuk dipakai dan
diagih-agihkan kepada petugas di LUNAS pada 29hb.Nov.2000.

2.	Sila bawa sebanyak mungkin Banner seperti " Rakyat Hakim Negara ", " Bebaska
Anwar ", dan lain-lain slogan yang boleh membantu menaikkan mood pengundi…jika
yang telah terpakai adalah dialu-alukan…walaupun kurang cantik tetapi slogan
yang baik akan memberikan anjakkan paradigma pengundi.

3.	Sila pastika semua petugas ini mendapat maklumat tepat dari bilik gerakan dan
ketua peti undi…ini untuk mengelakkan pertindihan kerja seperti di Sanngang dan
Teluk Kemang.

4.	Sila pastikan semua peralatan dibulan Ramadhan dibawa secukupnya…kerana untuk
mengelakkan sebarang masalah sewaktu bertugas di LUNAS… ini adalah mustahil bagi
pihak Pengarah Pilihanraya YB AZMIN ALI untuk memastikan seluruh kebajikan
petugas terjamin disana.

5.	Sila tonjolkam imej berdisiplin dan sentiasa berukhwah sesama insana ….. dan
bagi yang beragama Islam sila timbulkan semangat BADAR AL-KUBRA di LUNAS ….
Sesungguhnya dibulan Ramadhan yang mulia ini Rasulullah s.a.w berjihad dalam
PERANG BADAR…Insya Allah dengan satu tekad yang ikhlas demi Islam dan dituruti
roh BADAR AL-KUBRA….semua petugas akan lebih bersemangat dan gigih untuk
memastikan Sdr. Saifuddin Nasution menjadi pemenang di LUNAS.

6.	Kami amat berharap petugas dari kaum INDIA ditingkatkan di LUNAS….bagi
rakan-rakan INDIA ALTERNATIF di PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, PERLIS agar dapat
meluangkan masa dan mengembelingkan tenaga bersama rakan-rakan Melayu dan Cina
untuk bertugas dimana peti undinya terdiri dari majoriti pengundinya dari kaum
India.  Kamai amat berharap kepada semua kaum INDIA yang bersama kami dalam
gerakan REFORMASI MALAYSIA akan menghulurkan bantuan kepada jentera pilihanraya
BA di LUNAS.

7.	Akhir sekali kami unit PSARAFHQ dan SELURUH JENTERA BA LUNAS merayu dan
memohon sokongan padu dari semua pihak dan datanglah beramai-ramai ke LUNAS
serta bertugaslah bersama-sama kami di LUNAS….sesungguhnya pengorbanan anda
semua akan mampu merobak senario politik Malaysia  yang dibawah pemerintah kuku
Presiden Seumur Hidup UMNO@BN kepada pemerintahan yang ADIL dan TELUS.


Selamat Jalan Ke Lunas dan Semoga Berjaya … Salam REFORMASI.


PSARAFHQ (27/11/2000)
- KHAS UNTUK SUKARELAWAN BARISAN ALTERNATIF YANG AKAN KE LUNAS
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL