Untuk maklumat umum dan tindakan lanjut.
 
 
 
PILIHARAYA LUNAS - SENARIO 1
 
LAPURAN TERKINI UNIT PSARAFHQ SEHARI BERSAMA PENGUNDI  LUNAS.
 
PERTAMANYA KAMI DARI PSARAFHQ DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA
SEMUA PEJUANG KEADILAN YANG SANGGUP BERSAMA SDR. SAIFUDDIN NASUTION DI LUNAS.
 
Hari ini 23hb.Nov.2000 unit PSARAFHQ telah membuat lawatan di Dun LUNAS serta
bertugas membuat kajian rambang dan teliti dalam 19 peti undi di LUNAS serta
membantu kerja pemasangan poster / bendera serta merayu undi dan memberikan
penerangan kepada pengundi  LUNAS .
 
Turut serta bersama  kami adalah beberapa orang pengendali LAMAN
PRO-REFORAMASI… dan telah menjadi kebiasaan kami…identiti kami rahsia kepada
orang awam.
 
1.      Kami sampai di Bilik Gerakan Taman Selaseh , Kulim … tugas utama kami
mencari komputer dan talian talipon untuk menghantar maklumat serta
men-updatekan laman web…. Terima kasih kepada KAKAK di bilik gerakan Taman
Selaseh kerana meminjamkan modemnya kepada kami. Kemungkinan kami tidak dikenali
disini….kami dipandang serong dan rasa was-was oleh beberapa orang yang
dikatakan orang kuat bilik gerakan….. tapi itulah hakikatnya …. Siapalah kami
disisi mereka yang berjawatan dalam parti serta menjadi pendokong kuat BARISAN
ALTERNATIF.
 
2.      Di Bilik Gerakan Taman Selaseh ini …. Kami terjumpa Kumpulan KeADILan
KG.PANDAN Kuala Lumpur …. Kami memang telah lama melihat KUMPULAN KG.PANDAN ini
… dari pilihanraya UMUM ke 10, Di Sanggang, Di Teluk Kemang … dengan dokongan
seorang DOKTOR MUDA….anak muda dari KG.PANDAN ini serta beberapa golongan
professional…. Tahu apakah tanggung-jawap dan peranan mereka dalam BARISAN
ALTERNATIF dan bertugas tanpa ada rasa perbezaan darjat dan
pendidikan…...kelihatan mereka ini begitu harmoni. Mereka tanpa perlu disuruh
atau diarah akan melakukan kerja-kerja jentera pilihanraya…. Apa yang membuat
kami terpegun dengan sikap mereka ini adalah :-
 
a)      Mereka datang dengan membawa bahan sendiri seperti bendera / poster / banner
dan lain-lain keperluan jentera pilihanraya.
 
b)      Dengan mendapat maklumat ringkas mengenai operasi bilik gerakan …. Mereka
telah mampu merealisasikan hasrat Calon BA di Lunas.
 
c)      Yang menjadikan mereka ini unik adalah sikap mereka tentang kerja …. Dan
satu tradisi politik telah diubah …. Seperti biasanya kita mengantung bendera
dan poster serta tugas lain, dilakukan pada sebelah malam …. Tetapi mereka ini
melakukan diawal pagi sehingga petang … (waktu siang ) dan cuba anda bayangkan
penduduk di LUNAS terpegun hairan…. Apabila mereka bangun pagi … sekumpulan
PEMUDA KeADILan tanpa segan silu serta berdisplin terus memasang keperluan parti
mereka…. Disini satu anjakkan pradigma senario politik Malaysia telah berubah ….
Dimana BARISAN ALTERNATIF tidak merasa malu dan takut melaksanakan
tanggung-jawap dan hak pengundi dihadapan rakyat marhain.
 
d)      Kami juga menjadi terpegun juga .. kerana sudah tentu dari Kuala Lumpur
tentu tidak mampu mereka membawa kelengkapan yang secukupnya seperti contohnya
tangga … tetapi cara berhubung dengan masyarakat setempat begitu baik … walaupun
mereka belum pernah sampai di Taman Selaseh …. Kami melihat apa jua bantuan yang
dipohon sama ada dari ORANG MELAYU KE, CINA KE, INDIA KE …. Penduduk Taman
Selaseh begitu berkerjasama … sehingga kan PEMUDA KG.PANDAN  ini dilayan seperti
penduduk tempatan. Terima kasih kami bagi pihak Pemuda Kg.Pandan kepada Penduduk
Taman Selaseh kerana kerjasama anda semua.
 
e)      Diwaktu mereka ini bertugas kami melihat beberapa peninjau UMNO@BN serta
MIC@BN begitu gelabah dan gundah-gulana…serta berulang alik setiap 15 minit di
tempat kerja-kerja pemasangan poster dan bendera. Namun begitu kami melihat
sambutan dari PENDUDUK TEMPATAN , PEGAWAI KERAJAAN, POLIS yang melalui kawasan
mereka ini bertugas … satu pembaharuan dalam senario politik Malaysia …..
Petugas Jentera pilihanraya ini disambut hangat ….sehinggakan kakitangan Majlis
Daerah Kulim , Jabatan Kesihatan, TNB, Telekom, Polis pun turut serta memberikan
sokongan moral kepada Barisan Alternatif. Kami melihat penduduk tempatan tanpa
segan silu memberi bantuan seperti makanan, minuman dan peralatan bertugas. Kami
juga melihat pihak media pun membuat liputan semasa mereka bertugas ….ini yang
rasa lain macam … mereka ni orang BN ka atau orang BA…???
 
 
3.      Dalam tugasan kami… contohnya di Taman Selaseh … kami membuat temu-bual dan
sembang kedai kopi .. untuk memastikan Senario sebenarnya di LUNAS.
 
 
a)      8 / 10 orang Melayu menyokong Barisan Alternatif.
b)      8 / 10 orang CINA menyokong Barisan Alternatif.
c)      7/ 10 orang INDIA menyokong Barisan Alternatif.
 
4.      Dari beberapa temua-bual di lain peti undi…kami sertakan sedikit pandangan
pengundi Lunas.
 
 
a)      Melayu 1 - kami memang telah lama menolak BN …. Tapi kali ini ada kelainan 
kerana Saifuddin Calon BA….yang pastinya dia orang Melayu dan Anak Kedah pula.
 
b)      Cina 1 - kami memang terasa tersingung dengan kenyataan PM kerana menyamakan
Shuqui dan Orang CINA seperti komunis dan penubuhan sekolah WAWASAN.
 
c)      India 1 - Kami di LUNAS memang telah lama dianak tirikan oleh YB BN …
walaupun ia dari kaum INDIA tapi YB BN ini lebih mementingkan periuk nasinya
sendiri.
 
d)      Melayu 2 - kami di LUNAS mempunyai hubungan kemasyarakatan baik dengan
lain-lain bangsa … seperti CINA dan INDIA disini … hubungan kami ibarat satu
keluarga…tetapi UMNO@BN serta juak-juaknya berusaha memecah belah kami …. Dimana
mereka cuba memisahkan hubungan kaum yang baik diantara kami ….. kami memang
akan menolak BARISAN NASIONAL walaupun calonya ANWAR IBRAHIM atau WAN AZIZAH
sendiri.
 
e)      Cina 2 - kami kaum CINA disini memang tidak dapat untuk memberi undi kepada
BN kali ini… kerana KAUM CINA di Malaysia ini dianak tirikan …. Seolah-olah kami
ini bukan rakyat Malaysia ….kami ini di ibaratkan seperti pendatang haram dari
Indonesia ataupun Bangladesh….. apakah kami ini bukan rakyat yang cintakan
negara … sehingga hak kami dinafikan oleh UMNO@BN .
f)      India 2 - Apakah kami ini hanya layak tinggal diestet-estet sehajakah …. Apa
yang Sammy Vellu lakukan untuk kaum INDIA … apakah dengan merasuah kami dengan
sebotol beer dan hadiah, undi kami boleh dibeli….kami kini tidak percaya lagi
kepada MIC yang boleh menaikan taraf kaum India tapi melihat KeADILan parti
pelbagai kaum mampu menjalankan peranan ini …. Memang kami faham MIC hanya untuk
golongan ELITE INDIA sehaja … kami orang miskin dan susah memang dipinggirkan
oleh MIC … kami yakin Sdr. Saifuddin mampu menjadi wakil kami di Dewan Negeri
Kedah. Untuk makluman encik …. Muka-muka yang masuk TV dan Surat Khabar tu …
hanya mereka yang telah dibayar dan pelakon sehaja … mana ada semua penduduk
tempatan disini… tetapi memang ada sedikit muka orang sini sebagai pak turut
sehaja….. mereka ini memang suka berbohong untuk menipu pengundi.
 
g)      Melayu 3 - Pak Cik ingatlah … parti ANWAR IBRAHIM ni, boleh menang kali ini
… dah 10 kali pilihanraya … LUNAS ni masih macam tu … adalah sikit pembangunan
…. Tapi lihat berapa banyak rumah kedai dan pejabat masih kosong Bandar KULIM,
lebih dari separuh … siapa nak berniaga disini ….??? Orang ramai lebih suka ke
Butterworth … jadi peniaga disini pun sentiasa dalam kesempitan, walaupun cukup
makan…. Tapi bagi Pak Cik … isu MURTAD penduduk LUNAS ini begitu kukuh
menjadikan LUNAS milik BARISAN ALTERNATIF…kami orang ISLAM di LUNAS memang
terasa sangat mengeni isu ini … apa Jabatan Agama Kedah buat ….. apa yang YB
Ustaz Fadil Hanafi buat dalam isu ini.
 
h)      Cina 3 - dia ingat orang CINA ini bodoh ka …. Suka-suka pujuk…. Suka-suka
kutuk ….dia orang ingat UMNO@BN itu banyak baik ka dengan dengan orang Melayu ….
Serupa jugak …. Kutuk sana kutuk sini …. Lagi teruk mau kasi bunuh orang Melayu
sehaja …. Kami orang CINA di LUNAS dah biasa dengan orang MELAYU sini …. Kamipun
cakap pakai bahasa KEDAH …. Macam kat Kelantan dan Terengganu orang CINA pun
cakap bahasa sana….ini tunjukkan kami ini kuat dengan semangat kenegerian … tapi
UMNO@BN dan BARISAN NASIONAL cemburu dan dengki dengan sikap kami ini ….. mereka
ingat Malaysia ini bapak dia orang punya. Saya ingatlah MCA@BN ka… GERAKAN@BN  …
pun dah  jadi macam UMNO@BN …. Mahu bunuh bangsa sendiri.
i)      India 3 - lagi lama itu UMNO@BN dengan Mahathir@Mahfiraun perintah ini
Malaysia ah…!!! Lagi susah rakyat la….!!! Dia orang ingat mahu kasi kaya kroni
sehaja …. Kami dalam estet ini mahu makan pun susah …. Berapa harga Getah
sekarang…??? Dia orang ingat bawa wang juta-juta waktu pilihanraya ni boleh beli
undi kita ka…!!! Itu wang juta-juta mana pegi….!!! Dia orang bukan bagi kita ….
Tapi bagi dia punya barua sehaja …. Lagi-lagi mau tipu orang LUNAS sehaja.
 
 
5.      Beberapa penyelidikan kami disini, dilihat bilik gerakan BARISAN ALTERNATIF
lebih bersemangat dan mempunyai ramai petugas dari anak tempatan dan luar
kawasan….dan senario berbeza dengan pihak BARISAN NASIONAL…..kelihatan sayu dan
lembab …mungkin gaji tak cukup atau upah mereka ini telah disonglap oleh ketua
mereka.
 
PSARAFHQ (23/11/2000) bersambung SENARIO 2.
 
----------------------------------------------------------------------
 
 
PILIHARAYA LUNAS - SENARIO 2
 
LAPURAN TERKINI UNIT PSARAFHQ SEHARI BERSAMA PENGUNDI  LUNAS.
 
PERTAMANYA KAMI DARI PSARAFHQ DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA
SEMUA PEJUANG KEADILAN YANG SANGGUP BERSAMA SDR. SAIFUDDIN NASUTION DI LUNAS.
 
Hari ini 23hb.Nov.2000 unit PSARAFHQ telah membuat lawatan di Dun LUNAS serta
bertugas membuat kajian rambang dan teliti dalam 19 peti undi di LUNAS serta
membantu kerja pemasangan poster / bendera serta merayu undi dan memberikan
penerangan kepada pengundi  LUNAS .
 
1.      Sewaktu kami melihat program Sdr. Saifuddin melawat kawasan dan berjumpa
pengundi…..beliau di iringi oleh Sdr. Tian Chua ( kata dah keluar parti oleh
UMNO@BN ) ….  Tetapi pengiring lain adalah ahli DAP dari kaum CINA dan INDIA
LUNAS …. Kat mana benarnya media kroni yang melapurkan ahli DAP LUNAS menolak
pencalonan Sdr. Saifuddin …. Berapa juta ahli DAP LUNAS keluar parti …. Inilah
pembohongan media kroni yang mengikut telunjuk UMNO@BN untuk menipu minda
pengundi…..???? Dan sambutan lawatan Calon BA keseluruh kawasan yang dilawati
begitu memberangsangkan.
 
2.      Maklumat yang kami terima,semalam (22/11/2000) Mahathir@Mahfiraun ada datang
melawat kawasan .. .tapi lansung tak dipedulikan oleh penduduk tempatan … hanya
yang menyambut mamak tongkang ni … ahli UMNO@BN dan MIC@B dari negeri lain …
bukanya pengundi, tapi pengampu mereka sehaja yang hadir.
 
3.      Kami juga sempat bertemu dengan jiran-jiran LUNAS …. Bagi mereka inilah
masanya penduduk LUNAS memberikan pengajaran serta luahkan isi hati mereka
terhadap BARISAN NASIONAL … yang selama ini menipu dan mencuri hak rakyat
Malaysia….. bagi jiran-jiran di LUNAS ….. mereka benar-benar mahukan Sdr
Saifuddin berjaya di LUNAS …. Dengan harapan jika Sdr Saifuddin menang ..
.tempias LUNAS akan berjangkit dalam kawasan mereka untuk menolah BARISAN
NASIONAL … begitu juga menafikan 2/3 majoriti BN di Dewan Negeri.
 
4.      Bagi kajian awal kami…. Jika mood beberapa peti undi yang kami temui … yang
bersikap terbuka dan matang dalam senario politik Malaysia ….dan mood ini
melanda seluruh pengundi LUNAS tidak musatahil Sdr. Saifuddin mampu menang
dengan mejoriti yang besar di LUNAS ….. tetapi memang dah menjadi kebiasaan di
pihak Barisan Nasional mereka akan memastikan kemenangan calon MIC@BN dengan apa
cara sekalipun …. Biar cara menipu atau memaksa pengundi …. Itulah taktik buruk
BARISAN NASIONAL.
 
5.      Kami melihat mood pengundi LUNAS makin meningkat kearah Barisan Alternatif
….. mood ini amat baik dijaga dan dipupuk oleh PETUGAS JENTERA PILIHANRAYA ….
Bagi kami cara yang terbaik … setiap petugas JENTERA PILIHANRAYA BA menjadi
CALON LUNAS …. Sentias berkempen dan memberikan penerangan yang telu kepada
pengundi….cadangan kami :-
 
 
a)      Setiap PETUGAS JENTERA PILIHANRAYA BA wajip diberi penerang mengenai isu
semasa di LUNAS dan NASIONAL , agar mudah bagi mereka berkempen dan memberikan
penerangan.
 
b)      Setiap PETUGAS JENTERA PILIHANRAYA BA bukan sehaja memasang poster / banner
atau mencula undi sehaja …. Tetapi sambil berkerja dengan tugas rasmi ….. mereka
ini adalah wakil CALON LUNAS sentiasa berkempen dan memberikan penerang telus
dengan setiap pengundi dan penduduk LUNAS yang mereka temui. Begitu juga petugas
ini perlu sentiasa memonitor pengundi LUNAS …. Agar pihak Barisan Nasional tidak
mampu mengubah mood dan minda mereka … program ulangan berjumpa pengundi perlu
sentiasa diadakan.
 
c)      Kami juga mengesan bahawa pengundi LUNAS mampu mengubah kuasa Barisan
Nasional kepada Barisan Alternatif …. Tetapi sikap PETUGAS JENTERA PILIHANRAYA
BA perlu ditingkatkan semaksima yang boleh …. Terutamanya perang poster dan
bendera … pastikan seluruh LUNAS ditawan dengan BAHAN BA …. Seperti hari
penamaan calon … penyokong BA telah menawan Bandar KULIM …. Mood ini adalah
serangan perubahan minda dan paradigma pengundi LUNAS … kita ketengahkan mood
POLITIK ALAF BARU di LUNAS … bahawa Barisan Alternatif bukan pati Tradisional
yang masih mengikut cara purba yang didokong oleh Barisan Nasional.
 
d)      Inilah masanya kita mempraktikan POLITIK ALAF BARU .. .dimana sehaja
pilihanraya kecil atau UMUM…. Barisan Alternatif akan menjadi lebih matang dan
dewasa …. Inilah tuntutan REFORMASI TOTAL dalam POLITIK MALAYSIA KINI …. Bukan
hanya dengan janji palsu dan wang ringgit … kita mampu membeli pengundi ( ini
sikap Barisan Nasional ) ….. kini kita mampu mendapat undi tanpa perlu
melambakkan berjuta wang di LUNAS …. Cukup dengan kempen dan penerangan yang
telus serta berdisiplin …. Kita mampu mengubah minda pengundi LUNAS …. Teruskan
dan praktikan taktik ini ketahap maksima … rakyat kini dahagakan pemimpin yang
telus lagi berjiwa rakyat untuk memimpin mereka.
 
e)      Apa yang dilihat …. Barisan Alternatif mampu mengubah senario politik
Malaysia yang korup dan palsu ini …. Tetapi jurang perbezaan antara pemimpin dan
rakyat marhain perlu dirapatkan …. Seperti jangan mementingkan sangat protocol
dalam segala urusan … biar kita mudah bertemu dengan rakyat marhain …. Lebih
dekat kita dengan rakyat marhain lebih rapat dan ukhwahlah hubungan pemimpin
dengan rakyat marhain.
 
6.      Kepada PETUGAS JENTERA PILIHANRAYA BA dari luar LUNAS …. Yang benar-bena
mahu berkorban dan memastikan BARISAN ALTERNATIF BERJAYA DI LUNAS …. Disini kami
mencadangkan :-
 
 
a)      Sila bawa seberapa ramai petugas yang komited dan berdisplin, serta mampu
berkempen di LUNAS … ini akan memastikan jentera BA berjalan dengan lancar di
Lunas.
 
b)      Sila bawa bahan …. Seperti Bendera & Poster & Tali & Gun Stapler & Gum &
Penukul & Paku dan lain-lain bahan yang bersesuaian untuk membantu bilik
gerakan….begitu juga bahan psywar untuk diedarkan kepda pengundi ….. dengan
bahan yang cukup … ini akan meringankan bebanan calon dan bilik gerakan … tentu
kita memahami BARISAN ALTERNATIF bukanya ada penaja macam BARISAN NASIONAL.
 
c)      Dengan adanya bahan sendiri …. Kita mungkin meminimakan masalah mendapat
bahan di LUNAS serta melancarkan waktu kerja tanpa tertangguh akibat kekurangan
bahan …. Ini lah yang perlu dititik beratkan untuk membantuk BA di LUNAS.
 
d)      Sila dapat info lengkap di bilik gerakan yang anda bertugas …. Ini akan
memudahkan kerja-kerja jentera BA …. Dengan info yang lengkap … kita tak perlu
sentiasa dikawal oleh bilik gerakan …. Gunakan satu dasar utama …. Berkerja
untuk memastikan calon BA menang dan pastikan kerja yang kita lakukan adalah
yang terbaik untuk BA …. Jangan kita menunggu arahan seseorang baru kita
bertugas …. Kita adalah boss dan kita adalah pekerja … setiap yang kita lakukan
adalah untuk kebaikan BA …. Tetapi biarlah berprinsip serta berdisiplin
 
e)      Sikap kita mampu berkerja tanpa pengawasan akan melancarkan kempen BA di
LUNAS …. Sila pastikan petugas anda mampu bertugas secara berkumpulan yang
komited serta berdisiplin…jangan tunjukkan imej yang buruk kepada pengundi di
LUNAS … sebarang kesilapan dan kecacatan yang dilakukan oleh Calon dan Petugas
akan menyebabkan BA tewas di LUNAS …. Jika ini berlaku seluruh jentera BA di
LUNAS terpaksa bertanggun-jawap bersama-sama kita yang telah melakukan
kesilapan.
 
f)      Oleh itu elakan kesilapan kecil atau besar semasa di LUNAS …. Kerana mood
rakyat berada dipihak BA …. Jangan kita musnahkan peluang yang ada.
 
g)      Kepada Pengarah Bilik gerakan BA … sila pastikan anda dan orang-orang anda
menerima dengan tangan yang terbuka PETUGAS DARI LUAR LUNAS …. Jangan anda
merasa anda besar dalam Bilik Gerakan ini …. Kami dari luar sekadar ingin
memastikan Sdr .Saifuddin berjaya di LUNAS … jadi jangan dipersoal apakah
sumbangan kami kepada LUNAS … kami datang secara ikhlas dan kami akan balik
dengan seribu harapan Sdr. Saifuddin berjaya di LUNAS … tinggalkan BUDAYA
SONGSANG UMNO dalam jiwa anda. Kita adalah dari BARISAN ALTERNATIF.
 
h)      Kepada seluruh bilik gerakan kami memerlukan jadual ceramah dan senarai AJK
dan talian hubungan untuk memastikan info yang tepat dapat disampaikan kepada
pengundi dan petugas BA, kerjasama anda adalah amat ditagih oleh kami. Sehingga
hari ini kami dapati bilik gerakan di Teluk Kemang lebih berkerjasama dengan
kami … yang sepatutnya kita lebih up to date di LUNAS.
 
 
Akhirnya kami dari unit psarafhq dan web master laman pro-reformasi sekali
menaruh harapan yang tinggi kepada seluruh Jentera BA di Lunas memainkan peranan
sebagai Calon BA LUNAS …. Kita adalah pejuang rakyat dan bangsa Malaysia …
jangan kita hampakan harapan penduduk LUNAS …. Mereka mahukan perubahan … mereka
mahu BARISAN ALTERNATIF menjadi pemimpin mereka.
 
Oleh itu kemenangan Sdr .Saifuddin adalah tanggung-jawap kita semua …..
sehingga hari mengundi PENDUDUK LUNAS lah yang menentukan undi mereka kepada
siapa yang wajib diberi ….. tetapi itu bukanya penyelesaian …. Kita yang
bersama-sama GERAKAN REFORMASI MALAYSIA adalah orang yang bertanggung-jawap
dengan kemenangan atau kekalahan Barisan Alternatif di LUNAS … oleh itu sesiapa
yang mempuyai masa dan kemudahan… hadirkan lah diri anda di LUNAS untuk membantu
Sdr. Saifuddin … kami akan sentiasa memastikan BARISAN ALTERNATIF berada
dihadapan rakyat dan bangsa Malaysia. Selamat berjuang dan pastikan LUNAS milik
BARISAN ALTERNATIF.
>
>PSARAFHQ (23/11/2000) -
>

REFORMASI & ISLAHKE ARAH MALAYSIA YANG ADIL