KOMENTAR

 

07.10.2000

Salam Reformasi

 

UMNO SEDANG MELOBI KUASA

 

Satu pesanan untuk UMNO, hentikan cubaan mengembalikan sokongan Melayu pada UMNO kerana rakyat bangsa melayu sedar akan betapa bangsatnya Ketua-Ketua UMNO yang menyokong Mahathir hanya kerana mahukan kemewahan dan kekuasaan. Bangsa Melayu sedar sebusuk-busuk kezaliman adalah kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan memerintah pada rakyatnya sendiri. Perbuatan Mahathir adalah satu pengkhianatan kepada bangsa melayu dan melayu sudah mual dengan sandiwara kepimpinan UMNO yang masih mahu menegakkan benang yang sudah basah.

 

UMNO sudah ketandusan kuasa. Kuasa palsu yang di pegang oleh mereka akan berkecai dengan kekuatan suara rakyat. UMNO terdesak dan atas desakan inilah panglima keji UMNO bertindak untuk mempengaruhi rakyat dengan kononnya UMNO menjaga kepentingan orang melayu. Sudahlah Melayu tidak mahu UMNO mewakili mereka lagi. UMNO sudah usang dan tidak kukuh lagi. Ingat sebenarnya desakan rakyat semakin menyeluruh untuk Mahathir berundur dan anggota UMNO yang lapar dan bulur itu beredar. Tidak ada satu isu pun boleh dimanipulasi oleh mereka bagi mengembalikan sokongan Melayu kepada mereka.

 

Isu ketuanan dan hak melayu, sandiwara yang tidak mendapat tepukan gemuruh dari rakyat.

 

Kes Al Maunah , sandiwara yang menyebabkan UMNO lebih terseungkur jauh kebelakang.

 

Isu royalty, diskriminasi yang cuba dilaksanakan ke atas rakyat melayu Terengganu agar mereka di paksa menyokong UMNO tidak akan berjaya.

 

UMNO sudah uzur dan kepimpinannya terlampau korup untuk melihat kebiadapan Mahathir.

 

Selamat tinggal UMNO