KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

14.06.2000

Salam Reformasi

 

KEMPEN TERBARU MAHATHIR

 

Mahathir kini melancarkan 2 kempen terbaru dalam usaha menyatukan masyarakat negara ini. Kempen terbaru beliau adalah :

 

SELAMATKAN RASUAH NEGARA INI, SELAMATKAN LIN LIONG SIK

 

Lapuran MALAYSIA KINI terhadap tindakan undang-undang yang diambil oleh Datuk Soo Chee Weng yang bernilai 150 juta ringgit sekiranya di nilai jelas menunjukkan bahawa terdapat beberapa unsur penyalahan guna kuasa dan rasuah. Bagi menyelamatkan Lin Liong Sik kempen terbaru ini perlu dijalankan oleh Mahathir sebagaimana kempen-kempen lain yang telah dijalankan oleh beliau seperti:

 

SELAMATKAN RAHIM THAMBY CHIK DARI TUDUHAN ROGOL

 

SELAMATKAN MEGAT JUNID

 

SELAMATKAN RAFIDAH AZIZ DARI TUDUHAN RASUAH

 

SELAMATKAN ERIC CHIA

 

Apa yang sebenarnya diutarakan oleh Dr Mahathir Mohamed ialah satu kempen menyeluruh yakni

 

 

SELAMATKAN BUDAYA RASUAH DI MALAYSIA