Komentar 25/3/2000.

 

Apakata kalau kita UNDI BARISAN NASIONAL dipilihanraya kecil DUN Sanggang. Ala, apa salahnya kalau kita menyokong UMNO. UMNO kan hebat, UMNO berani menunjukkan sikap seperti yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Pahang itu. Itu satu petanda baik yang melayu telah mula belajar isyarat~isyarat lucah dari barat. Itu menunjukkan satu kemodenan. Itu menunjukkan budaya baru melayu. Apa salahnya kalau anak kita kelak menunjukkan isayarat seperti itu kepada kita . Mungkin anak kita tertekan akibat kita sebagai ibu bapa mahu mendidik dan mencorakkan masa depan yang gemilang buatnya. Budaya ini adalah arus pembangunan. Isyarat lucah ini mungkin dapat dididik oleh Menteri Besar Pahang sebagai isyarat yang diterima oleh rakyat kelak. Kalau sekarang kita katakana lucah mungkin esok ia adalah symbol “Selamat Datang”. Ala, apa la sangat dengan isyarat~isyarat seperti itu. Itu satu kemodenan. Esok kita tambah dengan kemodenan baru. Mungkin kelak UMNO dapat memperluaskan isyarat ini sebagai satu cara kita mengucapkan “selamat Datang” kepada pelancung asing. Mungkin juga ia sebagai satu isyarat yang menunjukkan kita menghormati kepimpinan kita. Mungkin dalam mempromosikan isyarat itu Adnan Yaakob boleh gunakannya diperhimpunan Majlis Raja~Raja sebagai tanda hormatnya kepada Sultan Pahang. Banyak betul potensi dalam memperkembangkan isyarat~isyarat tersebut supaya lebih adaptif di negara kita ini. Ini mungkin cara berkempen UMNO untuk menjaya satu masyarat yang lebih maju. Kita mesti ambil positif perkara~perkara ini. Kita perlu lebih menerima pembangunan dan ini mungkin symbol kemajuan kita. Komentar percaya logo ini mungkin boleh mengantikan logo UMNO atau Barisan Nasional. Mungkin jugakan ? Oleh itu rakyat Sanggang harus pandai dan peka kepada pembangunan. Pilihlah wakil UMNO di Sanggang agar pembangunan seumpama ini boleh dikecapi. Hidup Adnan, satu pembaharuan yang amat positif sekali.

 

Sekian  Oh Ya…….gambar sebelah diisyarakatkan sebagai JUMPA LAGI.

 

Hidup Adnan.