SELAGI UMNO….KACAU..KACAU oleh Azman

 

Insiden di Sauk telahpun berakhir.Taktik Turning Over yang digunakan oleh UMNO ke atas PAS ternyata membuahkan hasil.Kini kedudukan PAS semakin terancam akibat perancangan yang cukup licik daripada UMNO yang begitu bersemangat untuk melenyapkan terus PAS daripada persada politik tanahair.UMNO bukan sahaja berjaya mencemarkan imej PAS malahan juga menyukarkan lagi usaha PAS untuk mempertahankan nama Islam pada partinya.Kini nasib dan masa depan PAS dan Barisan Alternatif tidak menentu dan terumbang-ambing.

Perang psikologi habis-habisan melalui media massa arus perdana pro kerajaan telah mengaitkan pembabitan kumpulan Al Ma'unah dengan PAS. Kelantangan Dr Mahathir menuduh hampir kesemua anggota kumpulan Al Ma'unah adalah ahli PAS menyebabkan PAS perlu segera bertindak untuk membersihkan imejnya daripada terus tercemar.Dr Mahathir juga turut mendakwa kononnya kumpulan Al Ma'unah pernah cuba mengebom sebuah kuil Hindu di Batu Caves dan sebuah kilang Carlsberg bagi membuktikan kepada orang ramai bahawa politik bercorak Islam yang dibawa oleh PAS adalah cukup merbahaya dan boleh mengugat ketenteraman awam.

Sebenarnya, Dr Mahathir cuba untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam supaya tidak menyokong perjuangan PAS untuk membentuk sebuah negara Islam.Kemerosotan undi sebanyak 40% oleh BN pada pilihanraya kecil Teluk Kemang telah memberikan tamparan hebat buat UMNO.Lebih-lebih lagi apabila calon Keadilan, Ruslan Kassim telah berjaya memenangi peti undi pos yang melibatkan anggota tentera dan Dun Lukut yang majoritinya berbangsa Cina.UMNO mula terasa aura kebangkitan PAS dan rakan-rakan komponen di dalam Barisan Alternatif. Istilah Islam cukup phobia buat pemimpin-pemimpin UMNO dan mereka cukup bimbang apabila melihatkan daripada hari ke hari masyarakat bukan Islam sudah semakin serasi dengan konsep Islamic State yang dibawa oleh PAS.Kejayaan PAS mentadbir negeri Kelantan dan Terengganu tanpa sebarang kekacauan menunjukkan bahawa sistem pentadbiran bercorak Islam boleh memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.Pemimpin-pemimpin UMNO mula pening kepala dan gundah gulana.

Pada waktu yang sama karier politik Dr Mahathir semakin tergugat berikutan pendedahan bekas Ketua Pengarah BPR, Dato' Shafei Yahya di mahkamah yang mendakwa Dr Mahthir cuba menghalang BPR mengadakan siasatan ke atas Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ali Abul Hassan kerana disyaki terlibat dengan rasuah.

Dr Mahathir perlu mencipta satu isu bagi menyelamatkan karier beliau yang ibarat telur di hujung tanduk.Musuh-musuhnya di dalam UMNO cukup ramai dan masing-masing sudah tidak sabar menunggu saat-saat kejatuhannya.Krisis dalaman UMNO pula semakin kronik dan telah menyebabkan UMNO berpecah kepada 3 iaitu puak Dr Mahathir(Team A), puak Abdullah Badawi(Team Semangat 46) dan Puak Wawasan(Team pro Anwar).Dr Mahathir makin gusar apabila mendapati UMNO menderita akibat krisis dalaman yang tiada penghujungnya sedangkan ahli-ahli PAS tidak sekalipun cemas biarpun beliau telah mengugut untuk menamatkan pemberian royalti petroleum kepada negeri Terengganu.

Dr Mahathir pula terpaksa hidup di dalam ketakutan kerana bimbang beliau akan dipenjarakan. Mantan TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dihukum penjara selama 6 tahun kerana dituduh menghalang pihak polis menyiasat isi kandungan surat Ummi Hafilda dan Azizan.Kini,Dr. Mahathir terpaksa berhadapan dengan situasi yang hampir sama yang membolehkannya dipenjarakan paling kurang selama 6 tahun.

Maka tiba-tiba berlakulah insiden di Sauk dan sekaligus telah berjaya menyelamatkan karier politiknya.Aneh!ramai yang menyifatkan kejadian di Sauk sebagai sandiwara UMNO dan memang sukar untuk dinafikan dakwaan tersebut.Ada teori yang mengatakan wujud konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan orang dalam sehingga menyebabkan berlakunya insiden di Sauk.Motifnya adalah untuk memberikan senjata tersebut kepada Komander Robot dan para pengikutnya di Jolo sebagai pampasan untuk pembebasan rakyat Malaysia yang diculik.Kehadiran Datuk Aziz Shamsuddin, bekas setiausaha politik Dr Mahathir dan juga bapa konspirator di Jolo sebagai wakil kerajaan Malaysia semakin menguatkan dakwaan yang mengatakan Dr Mahathir cuba memperbaiki imejnya di persada antarabangsa.Ternyata usaha Aziz Shamsuddin mendatangkan hasil ekoran pembebasan beberapa orang tebusan rakyat Malaysia baru-baru ini.

Ini semakin menguatkan andaian yang mengatakan bahawa kumpulan yang  mencuri senjata di kem tentera bukanlah kumpulan Al Ma'unah berdasarkan laporan yang mengatakan bahawa kumpulan pencuri tersebut seramai 15 orang yang berpakaian uniform tentera dan menaiki 3 Pajero yang berwarna hijau sedangkan ada anggota kumpulan Al Ma'unah yang berjanggut dan berperut boroi.Mungkin juga terdapat beberapa orang SB atau anggota tentera yang menyusup di dalam kumpulan Al Ma'unah yang menjadi dalang sehingga tercetusnya insiden di Sauk dan tindakan mereka ini tidak disedari oleh rakan-rakan mereka.Tidak mustahil senjata tersebut sudah dibawa ke Jolo sebagai syarat pertukaran pembebasan rakyat Malaysia yang diculik oleh Komander Robot dan para pengikutnya.

Namun begitu pelbagai spekulasi dan andaian tidak akan timbul sekiranya pihak polis memberikan maklumat yang lengkap dan terperinci.Memang keterlaluan menuduh pemimpin UMNO sanggup membunuh demi mempertahankan survival politik mereka tetapi tidak mustahil berlakunya pemalsuan kematian kedua-dua tebusan di Sauk. Lebih-lebih lagi laporan mengatakan bahawa seorang tebusan,Kpl R.Sagadevan(Anggota SB)telah ditembak di kepalanya sehingga hancur dan seorang lagi tebusan,Komando Matthew a/k Medan(Renjer tentera)telah ditembak di kakinya sehingga hancur dan ini akan menyukarkan lagi bagi ahli keluarga mereka untuk mengenalpasti identiti mayat kedua-dua tebusan tersebut kerana mayat mereka juga telah digali keluar dari kubur.Tampak menyulitkan keadaan apabila seorang lagi tebusan Jaafar Putih meninggal dunia secara mengejut.

Umum perlu sedar bahawa Dr Mahathir adalah seorang pemimpin ultra nasionalis Melayu yang turut sama terlibat mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.Pihak polis tidak seharusnya membiarkan beliau bermain dengan api dengan memainkan sentimen perkauman semahunya.Sewajarnyalah Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera yang membuat kenyataan akhbar berhubung insiden yang berlaku di Sauk dan bukannya seorang ahli politik yang ada agenda politik tertentu dibenarkan untuk membuat sebarang kenyataan akhbar mengikut sesuka hatinya sahaja.

Suruhanjaya Di Raja perlu ditubuhkan untuk menyiasat insiden yang berlaku di Sauk kerana Suruhanjaya Bebas yang telah ditubuhkan masih diragui ketelusannya sedangkan ketelusan dan kebebasan Suruhanjaya Di Raja tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ianya terbukti berkesan ketika menyiasat kontroversi mata lebam bekas TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anehnya apabila Speaker Parlimen, Tun Zahir Ismail tidak membenarkan usul untuk membentangkan insiden di Sauk atas alasan kertas putih akan dibentangkan sedangkan pada waktu yang sama UMNO sedang giat merancang untuk mengadakan roadshow ke seluruh negara bagi memberikan penjelasan berhubung insiden yang berlaku di Sauk.Ini menyerlahkan lagi dakwaan yang mengatakan bahawa ada pihak tertentu cuba mengaut political mileage daripada insiden yang berlaku di Sauk dan tidak sukar untuk meneka siapakah gerangan manusia tersebut.

Hakikatnya method ini dikenali killing two birds with one stone. Dr Mahathir bukan sahaja berjaya mengatasi krisis yang berlaku di Jolo tetapi beliau juga berjaya menghapuskan musuh-musuh politiknya. Imejnya semakin meningkat baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Selepas ini beliau tidak akan teragak-agak lagi untuk menangkap dan memenjarakan musuh-musuh politiknya di bawah ISA serta melenyapkan terus parti PAS  daripada persada politik tanahair.

PAS dan Barisan Alternatif semakin terdesak akibat tindakan Dr Mahathir yang kejam dan tidak berperikemanusian. Politik ala Yahudinya akan mendatangkan kerosakan yang tidak terhingga kepada negara kita. Apakah rakyat Malaysia akan membiarkan sahaja Dr Mahathir menggunakan kuasa politiknya untuk menindas sesiapa sahaja.Ketepikan dulu perbezaan agama, bangsa dan politik masing-masing. Masih belum terlewat untuk kita sedar dan insaf.Usulkanlah undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir di Parlimen.
Jangan dibiarkan Diktator tua itu merosakkan keharmonian yang telah kita kecapi sekian lama. Bertindaklah demi agama,bangsa dan negara.