SELAGI UMNO…kacau…kacau  (Bahagian 1 tulisan Azman)

 

 

UMNO mula phobia terhadap  kebangkitan PAS dan Barisan Alternatif sejak Pilihanraya Umum 1999 lagi. Maka pelbagai kaedah Turning Over telah digunakan oleh UMNO bagi menekan serta menghapuskan terus PAS khususnya dan Barisan Alternatif daripada persada politik tanahair.

UMNO memainkan sentimen rakyat bagi menjayakan agenda politik mereka dan sedikit-sebanyak usaha-usaha yang dijalankan menampakkan hasil.Antaranya ialah Jati Diri Melayu dan Ketuanan Melayu serta Orang Bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri.Namun rakyat Malaysia yang semakin celik politik tidak mudah lagi diperkotak-katikkan oleh UMNO dan BN.

Pilihanraya kecil Teluk Kemang telah memberikan pengajaran kepada UMNO akibat tersalah percaturan politik yang membawa kepada kemerosotan undi BN sebanyak 40%.Lebih memeritkan lagi ialah kekalahan BN pada undi pos dan di kawasan Dun Lukut yang majoritinya kaum Cina.UMNO semakin risau dan bimbang kerana kaum Cina dari hari ke hari boleh menerima konsep Islamic State yang di bawa oleh PAS dan kejayaan PAS mentadbir negeri Kelantan dan Terengganu telah mencabar kejantanannya.

Ugutan demi ugutan yang diberikan termasuklah hendak menyekat pemberian royalti petroleum kepada Terengganu tidak menjejaskan semangat ahli-ahli PAS sebaliknya UMNO semakin terancam berikutan krisis dalaman yang telah mempertigakan UMNO iaitu puak Dr Mahathir(team A), puak Abdullah Badawi(team B) dan puak Wawasan(Pro Anwar).

Tiba-tiba Bekas Ketua Pengarah BPR ,Dato' Shafei Yahya dengan beraninya telah mendedahkan bahawa Dr Mahathir cuba menghalang BPR mengadakan siasatan terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ali Abul Hassan serta merta membuatkan memanda menteri itu hidup dalam ketakutan kerana takut dipenjarakan.Suatu masa dahulu TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipenjarakan selama 6 tahun kerana dituduh menyalahgunakan kuasanya menghalang pihak polis untuk mengadakan siasatan ke atas surat Ummi Hafilda dan Azizan. Kini Dr Mahathir dengan situasi yang hampir sama teah menghalang BPR untuk menyiasat Tan Sri Ali Abul Hassan. Paling kurang memanda menteri akan dipenjara selama 6 tahun dan beliau boleh pilih sama ada untuk tinggal satu sel dengan bekas TPMnya Anwar Ibrahim atau memilih untuk dipenjarakan di penjara yang lain.Pengakuan bersumpah bekas Ketua Pengarah BPR itu telah menghantui kehidupannya dan beliau terkaku tidak berkata.

Apakah tindakannya untuk mengalih isu tersebut?Maka tidak semena-mena berlakulah insiden di Sauk sekaligus telah berjaya menyelamatkan karier politik beliau.Ramai yang mengatakan bahawa insiden rampasan senjata di Sauk adalah sandiwara politik UMNO dan memang cukup sukar untuk dinafikan. Hakikatnya mungkin kumpulan yang berbeza mencuri senjata di kedua-dua kem tersebut berdasarkan gambaran diberikan ialah pencuri tersebut seramai 15 orang berpakaian uniform tentera menaiki pajero hijau sedangkan ada kumpulan AL Ma'unah yang berjanggut dan berperut boroi. Kaedah politik ini dinamakan killing the bird with one stone. PAS akan dipersalahkan dan UMNO akan mendapat political mileage.ISA akan digunakan dengan sewenang-wenangnya unutk menangkap musuh politik UMNO.Pada waktu yang sama kehadiran Datuk Aziz Shamsuddin di Filipina untuk beruding dengan Komander Robot dan pengikutnya telah menimbulkan tanda-tanya. Apakah senjata yang dirampas itu akan diberikan kepada mereka?Ini kerana beberapa hari selepas insiden di Sauk, beberapa orang tebusan telah dibebaskan.Memang UMNO tidak sanggup membunuh orang semata-mata untuk mengaut political mileage tetapi tidak mustahil UMNO sanggup memalsukan kematian tebusan di Sauk. Ini kerana menurut laporan yang diterima  seorang tebusan(berbangsa India) telah ditembak di kepalanya sehingga hancur dan seorang lagi (Renjer Iban)telah ditembak di kakinya hingga hancur.Kematian seorang lagi tebusan iaitu Jaafar Putih secara tiba-tiba telah menyukarkan lagi penyiasatan pihak polis.

Lebih menyulitkan lagi keadaan ialah ahli-ahli  politik UMNO diberikan kebenaran  membuat kenyataan akhbar berhubung insiden di Sauk.Sepatutnya kenyataan akhbar dibuat oleh Ketua Polis  Negara, Tan Sri Norian Mai atau Panglima Angkatan Tentera.
Pelik sunggunh kerana selama 5 hari insiden di Sauk Dr Mahathir tidak ada pun menjengah anggota polis dan tentera yang bertugas di situ malaan selepas selesainya insiden di Sauk, Dr Mahathir tidak sekalipun menziarahi keluarga si mangsa kecuali baru-baru ini sahaja beliau baru berbuat demikian.

Kini beliau cuba memaintak sentimen perkauman seolah-olah ingin mencetuskan peristiwa 13 Mei semula. PAS dituduh mendalangi kumpulan Al Ma'unah yang kononnya pernah mengebom sebuah kuil di Batu Caves dan sebuah kilang Carlsberg. Dr Mahathir berlagak seperti beliaulah yang menjadi Ketua Polis Negara. Aneh! ketika anggota parlimen parti pembangkang dan kerajaan meminta supaya usul insiden di Sauk dibahaskan di Parlimen,Speaker Parlimen, Tun Zahir Ismail menolaknya.Lebih menghairankan lagi apabila UMNO akan mengadakan roadshow untuk memberikan penerangan kepada rakyat berhubung insiden di Sauk sedangkan perkara ini masih di bawah siasatan pihak polis dan suruhanjaya bebas yang ditubuhkan.

Sewajarnya Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan kerana keberkesanan Suruhanjaya Di Raja cukup terbukti apabila menyiasat kontroversi mata lebam Anwar dan rakyat cukup bimbang sekiranya suruhanjaya yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden di Sauk ini tidak cukup telus dan bebas.

Ketika 13 Mei 1969, Dr Mahathir adalah salah seorang pemimpin ultra nasionalis Melayu yang turut terlibat mencetuskan peristiwa berdarah itu. Apakah rakyat Malaysia akan diam membisu membiarkan beliau membawa kerosakan kepada agama, bangsa dan negara. Jangan biarkan kuasa politik Dr Mahathir membolehkannya memperkotak-katikkan kita semua. Kembalikan kehidupan yang bermaruah penuh keadilan di Malaysia supaya keamanan terpelihara.

Jangan dibiarkan Sauk menjadi Selagi Ada UMNO Kacau.Masih belum terlewat untuk kembali sedar dan insaf.Singa tua ini tidak seharusnya dibiarkan mengaum sesuka hatinya serta membaham sesiapa yang dia suka.Fikirkanlah dengan rasional.sudah tiba masanya rakyat Malaysia tanpa memikirkan fahaman politik mereka dan juga perbezaan bangsa dan agama bersatu padu menjatuhkan diktator era moden ini supaya kedamaian dan keharmonian dapat kita kecapi.